PARIT BUNTAR - Pas kawasan Parit Buntar menggesa Kerajaan Negeri Perak menaik taraf sistem perparitan di seluruh pekan Parit Buntar secara total bagi mengelakkan kejadian banjir kilat terburuk kembali berulang.

Adun Titi Serong, Abu Bakar Hussain berkata, gesaan itu sudah lama dikemukakan pihaknya bersama kepimpinan Pas kawasan, namun sehingga tiada sebarang inisiatif serius diambil kerajaan negeri dalam memastikan tahap kemudahan sistem perparitan di sini seiring dengan pembangunan dilaksanakan.

Menurutnya, sejak berlakunya banjir kilat pada 3 September lalu, pihaknya bersama kepimpinan Pas kawasan Parit Buntar segera turun padang membuat lawatan dan mengadakan tinjauan ke beberapa lokasi terlibat banjir kilat.

"Hasil perbualan dengan sebilangan mangsa banjir, pihak kami menyimpulkan faktor utama berlaku banjir kilat adalah disebabkan kelemahan dan kecuaian manusiawi, selain alasan takdir ALLAH SWT yang sering digunakan pihak tertentu.

"Berdasarkan keadaan banjir kilat yang semakin kerap dan serius, Pas kawasan Parit Buntar mendesak kerajaan negeri melaksanakan kerja menaik taraf segera sistem perparitan di seluruh mukim Parit Buntar secara total,"katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Abu Bakar berkata, pihaknya turut kesal dengan kegagalan pam air di pinggiran Sungai Kerian berfungsi sepenuhnya bagi membantu mengepam air bertakung di parit utama terus ke sungai.

Menurutnya, pihaknya difahamkan pam air itu baru dibina bersama dua lagi pam air berhampiran dan kegagalan ia berfungsi sepenuhnya seharusnya menjadi tanda tanya.

"Selain itu, saya melihat masalah banjir kilat semakin serius berlaku kawasan taman perumahan terletak berhampiran projek landasan keretapi elektrik berkembar di bawah MMC/Gamuda seperti Taman Setia Wangsa, Taman Setia Jaya dan Taman Kerian.

"Sepatutnya, projek mega dilaksanakan kerajaan pusat perlu dilaksanakan seiring dengan keperluan masa hadapan penduduk setempat, antaranya penyediaan sistem perparitan dan pengairan air ke sungai yang lebih sempurna.

"Namun, projek mega dibina itu dilihat meninggalkan kesan sampingan yang amat berat kepada penduduk setempat dan saya minta kerajaan negeri mendesak syarikat pemaju terlibat turut sama membantu menaik taraf sistem perparitan di Parit Buntar secara total,"katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • CHANGLUN - Penduduk di Jalan 11, Taman Merbau di sini, kecewa dengan masalah perparitan yang tidak sistematik di kawasan perumahan mereka.
  • JOHOR BAHRU - Jijik dan meloyakan malah permasalahan perparitan di Taman Pasir Emas dikatakan berlanjutan sejak 20 tahun lalu.
  • BATU PAHAT - “Saya bimbang parit yang baru dibina ini akan mendatangkan bahaya kepada cucu saya sebab ia dekat dengan rumah dan tiada aspek keselamatan,” kata Aishah@Siti Aishah Sh Mohamed, 64.
  • BATU PAHAT - Kira-kira 100 penduduk di Kampung Parit Haji Moin 2, Parit Besar Semerah, di sini, mahukan saliran perparitan di kampung berkenaan diselenggarakan segara oleh pihak yang bertanggungjawab.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.