PENDANG - Mengamalkan konsep sedekah dalam perniagaan membuatkan produk yang dihasilkan kini semakin dikenali ramai.

Pengasas produk herba mujarab, Md Ali Anai, 62, berkata, dia sering membantu pesakit dengan memberikan herba buatannya secara percuma kepada mereka.

Menurutnya, keuntungan bukanlah keutamaan, tetapi matlamat untuk melihat pesakit sembuh menjadi pegangannya.

“Saya ikhlas bantu depa yang sakit, tak kisahlah sakit apa, insya-ALLAH semua boleh sembuh dengan mengamalkan herba ini,” katanya.

Md Ali berkata, dia mula menghasilkan herba pada 2004 sebanyak 200 botol.

“Tapi masa mula tu saya tak jual dan hanya sedekah kepada depa yang alami sakit badan, darah tinggi, kencing manis dan pelbagai penyakit lain.

“Alhamdulillah tengok depa sembuh buatkan saya lebih bersemangat untuk terus membantu,” katanya.

>
Md Ali melihat bahan herba yang direbus. Gambar kecil: Md Ali

Pada 2012, dia mula menjual produknya itu sehingga kini.

“Namun begitu, kalau ada pesakit yang dipaparkan di akhbar saya akan hubungi depa dan bantu depa dengan memberikan herba ini secara percuma,” katanya.

Tambahnya, dia menghasilkan herba itu dengan air tangannya sendiri di mana akar kayu diambil dari Pokok Sena sebelum melalui proses rebusan selama tiga jam.

“Alhamdulillah, dengan konsep sedekah yang saya amalkan, sehingga kini saya mampu jana pendapatan sehingga RM10,000 sebulan,” jelasnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.