BUTTERWORTH - Helah seorang lelaki yang tidak mengaku dirinya terlibat dalam penagihan dadah tidak berjaya apabila ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Dalam operasi dijalankan di sekitar kawasan Kepala Batas itu, lelaki berkenaan cuba bertindak di luar kawalan berikutan terkejut dengan kehadiran anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Seberang Perai Utara, semalam.

Suspek yang berusia lingkungan 30-an itu pada awalnya tidur di bahagian belakang ruangan sebuah kedai milik keluarganya, di sini.

Anggota AADK yang bertindak mengepung kedai tersebut akhirnya berjaya mengawal keadaan suspek.

Ketua Pegawai AADK Daerah Seberang Perai Utara, Zulkefli Alapitchay berkata, operasi yang dijalankan ini meliputi beberapa kawasan di sekitar Kepala Batas.

Menurutnya, seramai tujuh individu berumur lingkungan 19 hingga 40 tahun ditahan dalam operasi terbabit.

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati dua suspek positif dadah jenis methamphatamine dan lima positif dadah jenis morphine.

“Kesemua mereka yang merupakan warga tempatan ditahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Dadah 1983 dan dibawa ke Pejabat AADK Daerah Seberang Perai Utara untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai terutamanya masyarakat di sesebuah kawasan boleh terus membuat aduan kepada pihak AADK sekiranya mempunyai maklumat mengenai aktiviti penagihan dadah di kawasan mereka.

Katanya, dalam proses aduan itu, pihak AADK meletakkannya sebagai maklumat sulit dan identiti pengadu sama sekali dirahsiakan.

"Saya harap masyarakat tidak takut untuk memberikan aduan kerana mereka dilindungi.

“Pentingnya kerjasama daripada masyarakat itu sendiri dalam usaha memerangi penyalahgunaan dadah ini,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • HULU BESUT - Tindakan seorang lelaki dipercayai penagih dadah melarikan diri daripada serbuan pihak berkuasa mengundang padah apabila dia terjatuh dari bumbung rumah keluarganya di sebuah kampung di sini Rabu lepas.
  • PENDANG - Seorang tokan dadah berusia 41 tahun antara 33 penagih dadah yang dicekup Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kubang Pisang, semalam.
  • YAN - Enam penagih dadah sanggup menggadaikan nyawa dengan terjun ke dalam laut ketika serbuan dilakukan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di kawasan pesisiran pantai Kampung Seberang Jaya, Yan, pagi tadi.
  • TUMPAT - Lima tokan dadah antara 35 orang ditahan dalam operasi Op Sarang di Kampung Tujoh apabila bangsal cacing diserbu.
  • KUALA KETIL - Cubaan dua penagih mencuri kabel di kawasan sawah padi terbantut apabila salah seorang daripadanya berjaya dicekup tiga pemuda yang baru selesai menunaikan solat Jumaat di Kampung Tembak A, hari ini.