LANGKAWI - Aktiviti memerhati burung boleh dijadikan nilai tambah kepada produk pelancongan sedia ada di Langkawi jika usaha dipergiat untuk mempromosikan aktiviti luar itu.    

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Tan Sri Khalid Ramli berkata negara seperti Kanada dan Mexico meraih pendapatan AS$25 bilion setiap tahun daripada pelancong untuk aktiviti memerhati burung dan Langkawi memiliki kepelbagaian spesies burung yang dapat menawarkan tarikan sama.   

"Jika kita boleh memperoleh sebahagian kecil daripada itu...katakan RM25 juta, ia merupakan nilai yang agak besar yang boleh meningkatkan industri pelancongan kita," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku kecil, 'Avian Life in Langkawi' di sini.   

Menurut beliau pelancaran buku kecil itu merupakan langkah penting yang diambil oleh Lada untuk mempromosikan aktiviti memerhati burung dan rama-rama di Langkawi.    

Kami mempunyai 263 spesies burung di Langkawi dan beberapa spesies hanya boleh didapati di sini," katanya.  

Khalid berkata lima kawasan di Langkawi iaitu Gunung Machinchang, Pantai Chenang, Kilim, Gunung Raya dan Pulau Tuba-Pulau Dayang Bunting dikenal pasti sebagai 'Langkawi Interesting Birding Areas' (LIBA).    

Beliau berkata Langkawi juga mempunyai beberapa pemandu pelancong yang mempunyai pengalaman yang luas di peringkat antarabangsa dalam aktiviti  memerhati burung dan boleh menawarkan perkhidmatan itu kepada pelancong. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • LANGKAWI - Penyiapan projek penambahbaikan jeti feri Kuah tahun ini dan peningkatan prasarana di jeti Kuala Kedah yang sedang dalam perancangan bakal mengatasi masalah kekurangan operasi feri khususnya di musim puncak pelancongan di Langkawi.
  • BANDAR BAHARU - Pulau Langkawi bakal muncul sebagai pulau digital pertama di negara ini selepas pembangunan kabel dasar laut dilaksanakan bermula tahun depan.
  • LANGKAWI - Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) perlu mempercepatkan lagi proses penggantian Rancangan Tempatan Daerah Langkawi agar dapat disiapkan akhir tahun ini.
  • LANGKAWI - Sebuah loji rawatan air yang baharu dicadang dibina di Langkawi bagi memenuhi keperluan penduduk di pulau itu pada masa depan, kata Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid.