SIK - Mayat lelaki dengan keadaan mula mereput dan membengkak ditemukan di Tasik Beris, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada kira-kira jam 11.50 pagi.

"Satu objek ditemui di tepi tasik berhampiran dengan kebun kelapa sawit. Mayat telah diangkut menggunakan bot polis dengan bantuan pihak bomba," katanya.

Menurutnya, identiti sebenar mangsa belum dikenal pasti.

"Pemeriksaan awal mendapati mayat dipercayai lelaki dengan usia lebih kurang 30an. Keadaan mayat mula mereput dan membengkak dan tiada kad identiti.

"Mayat dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, untuk tindakan dan siasatan selanjutnya," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ISKANDAR PUTERI - Mayat seorang lelaki dengan kesan kecederaan pada bahagian belakang kepala ditemui dalam keadaan terbaring di sebuah hentian bas, Jalan Persiaran Sungai Danga, Nusa Bistari di sini pagi semalam.
  • GEORGETOWN - eorang pekerja kilang yang dilaporkan terjatuh ke dalam longkang di Jalan Paya Terubong ketika menunggang motosikal meredah banjir semalam, ditemukan lemas di dalam sungai berhampiran Bukit Jambul hari ini.
  • JOHOR BAHRU - Mayat dipercayai lelaki, ditemui orang awam dalam keadaan rentung di kawasan semak samun berhampiran Taman Putri Kulai, di sini awal pagi tadi.
  • PENDANG - Dua lelaki warga Myanmar berusia lingkungan 30 tahun ditemui mati oleh majikan mereka dipercayai dibunuh dalam satu kejadian di sebuah rumah di Jalan Delima, Taman Delima, Mukim Air Putih, di sini, pagi semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.