LANGKAWI - Mayat terakhir iaitu mangsa keempat tragedi air terjun Kampung Buku, Lubuk Semilang di sini semalam, ditemukan petang ini berdekatan Surau Bukit Kemboja, kira-kira 7 kilometer dari tempat kejadian.

“Mangsa terakhir, Siti Aisyah Kassim, 5, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat pada 4.26 petang ini,” kata Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Kedah, Mohamad Mustakim Mukhtar hari ini.

Dalam kejadian itu yang berlaku kira-kira 4.30 petang semalam, empat orang kanak-kanak perempuan hilang selepas tenggelam dalam arus deras semasa mandi-manda di kawasan air terjun itu.

Mayat mangsa pertama, Qistina Puteri Wira, 12, dijumpai kira-kira 6 petang semalam sementara mayat mangsa kedua, Nur Iman Waheeda Mohd Basri, 11, ditemukan 12.40 tengah malam tadi.

Jasad mangsa ketiga, Anis Satirah Saad, 12, dijumpai 11.45 pagi tadi berdekatan Kampung Tanjung Ulu Melaka,  kira-kira lima kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.