ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir kilat di pusat pemindahan banjir di negeri ini bertambah kepada 1,983 orang malam ini berbanding 1,888 orang petang tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) di sini malam ini, pertambahan berlaku apabila ada mangsa-mangsa yang kembali semula di 13 pusat pemindahan di daerah Kota Setar  termasuk satu dibuka semula di Dewan Tokong Cina, Kubang Pasu membabitkan 32 orang mangsa.

“Mangsa-mangsa bertambah disebabkan rumah mereka kembali dinaiki air terutama di daerah Kota Setar yang menjadi “last point” air banjir berkumpul sebelum ia surut ke laut, mangsa-mangsa ini akan bermalam di pusat pemindahan dan dijangka pulang pagi esok untuk membersihkan rumah,” kata kenyataan itu.

Sehingga pukul 8 malam ini, seramai 539 keluarga masih ditempatkan di 19 pusat pemindahan banjir di daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena dan Pendang.

Di Kota Setar, pusat pemindahan yang masih beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Gajah, Alor Setar yang menempatkan 347 orang, SK Seri Gunung (152 orang),  SK Alor Mengkudu (121 orang), Dewan Taman Sri Bagan (97 orang) dan Surau Pondok Kepala Bukit (88 orang).

Di Kepala Batas ialah Surau Assyakirin  (79 orang), Masjid Kampung Lengkuas (46 orang), SK Bukit Pinang (102 orang), Dewan Wawasan Kampung Kelompang (39 orang), SK Suka Menanti (25 orang), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perak (13 orang),  dan SK Taman Aman (sembilan orang).

Di Kubang Pasu membabitkan SK Kodiang Lama yang menempatkan 54 orang dan Pusat Rakan Sukan Tanah Merah di Pendang menempatkan 280 mangsa.

Di Pokok Sena  ialah SK Bukit Hijau (427 orang),  Dewan Kampung Permatang Limau (25 orang), dan  Dewan Lubuk Keriang (35 orang), manakala Dewan Kampung Empa telah pun ditutup.

Kenyataan itu berkata, dijangka dengan keadaan cuaca yang semakin baik dan aliran sungai yang lancar, keadaan banjir di negeri ini akan semakin pulih menjelang esok. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • AMPANG - Hujan lebat kira-kira 40 minit pada jam 4 petang tadi menyebabkan banjir lumpur di sebuah pangsapuri di Taman Saga.
  • KOTA BHARU - Banjir kilat yang melanda Kota Bharu tempoh hari memaksa peniaga termasuk ‘tok seh karpet’ melelong barangan perniagaan mereka yang ditenggelami air bagi mengelak mengalami kerugian berterusan.
  • BATU PAHAT - Ketika daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi mulai surut, kawasan Sri Medan, di sini, mengalami situasi yang berbeza apabila kawasan berkenaan pula dinaiki air.
  • KUANTAN - Keadaan banjir di daerah Pekan tidak banyak berubah dengan jumlah mangsa masih kekal 102 orang daripada 26 keluarga yang ditempatkan di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 8 malam ini.
  • MUKAH - Kira-kira 1,350 penghuni rumah panjang dan penduduk kampung di kawasan Tanjung Pedada, Sungai Mukah, 27 kilometer dari sini terjejas hubungan darat apabila sebahagian jalan utama menghubungi kawasan itu ditenggelami banjir.