GEORGE TOWN - Majlis Datuk-Datuk Pulau Pinang hari ini menyumbang kaki palsu kepada 14 pesakit yang dirawat di Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Hospital Pulau Pinang (HPP).
Sumbangan diberikan kepada pesakit yang tidak mempunyai polisi insurans, tidak mempunyai caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan yang bekerja sendiri.
Presidennya, Datuk Markend D. Joshi berkata sumbangan secara keseluruhan bernilai RM45,000 itu merupakan aktiviti kebajikan tahunan majlis berkenaan.
"Jabatan Perubatan Rehabilitasi memberi kerjasama dengan menyenarai pendek jumlah pesakit yang layak dan kami salurkan bantuan secara berperingkat kepada 60 orang penerima setiap tahun," katanya kepada pemberita pada majlis sumbangan tersebut.
Beliau berkata sebanyak 20 orang lagi telah dikenal pasti untuk menerima bantuan tahun ini.
Salah seorang penerima, Mariam Abdul Rashid, 59, melahirkan rasa gembira kerana mendapat kaki palsu menjelang Aidilfitri.
Ibu tunggal ini yang kehilangan kaki kanan akibat penyakit kencing manis setahun lalu berkata beliau sebelum ini sukar untuk bergerak.
"Mak cik bersyukur dan berterima kasih kepada Majlis Datuk-Datuk yang telah memberi sumbangan kaki palsu menjelang Hari Raya ini.
"Mak cik tidak terfikir untuk memiliki kaki palsu kerana harganya mahal," katanya.
Seorang lagi penerima, K. Sariappan, 59, berkata beliau yang menghidap kencing manis kehilangan kaki kiri akibat tertusuk duri ikan pari tujuh bulan lepas.
"Tujuh bulan lepas kaki saya dipotong dan semasa menerima rawatan saya dapat tahu bisa ikan pari telah merosakkan kaki saya," katanya yang bekerja sebagai nelayan di Batu Feringghi.
Beliau berkata setelah menerima kaki palsu, beliau kini yakin untuk mencari rezeki seperti biasa. - Bernama
Majlis Datuk-Datuk Pulau Pinang sumbang kaki palsu
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- Maut rempuh pengadang jalan
- 'Ustaz' dicari selesai kes rogol
- Lelaki temui ajal dihempap lori
- Mekanik 'eksport' ketum ditahan
- Rogol anak kandung, bagi pil perancang elak hamil
- Umur 23 tahun dapat tawaran sambung PhD
- Nekad lari melawan arus
- Tolak tawaran matrikulasi keputusan berbaloi
- Tiga lelaki edar dadah dihukum gantung sampai mati
- Potong jari sebelum bunuh,campak mangsa atas jalan
- Pelajar dirogol bergilir-gilir
- Remaja nyaris dirogol sepupu
- Pantau 'port' maksiat daripada berleluasa
- Mayat hampir reput ditemui
- Misteri bau busuk terjawab
- Tengok wayang percuma hingga 4 November di GSC
- Remaja cedera parah di kaki
- Pasar Tokai bakal ‘mati’
- Tidur malam tak lena
- Sering jadi 'tetamu' hospital




