PERAI- Lapan maut manakala 40 mangsa cedera dalam kemalangan melibatkan dua bas dan sebuah van kilang di Kilometer (KM) 147.0 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara, dekat sini awal pagi tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian pada kira-kira jam 6.02 pagi.

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terlibat.

"Sepasukan anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 6.19 pagi.

"Kemalangan melibatkan dua bas kilang dan sebuah van kilang dengan anggaran mangsa seramai 40 mangsa dan difahamkan lapan mangsa meninggal dunia," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

 

 

Difahamkan, kesemua mayat mangsa yang maut dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid  ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BUKIT MERTAJAM - Suasana pilu dan hiba menyelubungi pekarangan Unit Forensik Hospital Seberang Jaya apabila anggota keluarga dan rakan-rakan kepada seorang daripada mangsa warga Indonesia yang maut dalam kemalangan di Juru, hari ini selesai membuat pengecaman.
  • KUALA LUMPUR - Sebanyak 37 penumpang cedera selepas sebuah bas persiaran terbabas dan terbalik di Km5.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban di sini, hari ini.
  • TEMERLOH - Tiga penumpang termasuk seorang bayi 11 bulan parah apabila sebuah bas ekspres membawa 27 orang dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur terlibat dalam kemalangan kira-kira 10 kilometer dari Plaza Tol Temerloh, awal pagi semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.