KULIM - Jabatan Pertanian Daerah Kulim menyasarkan pengeluaran pisang sebanyak 517.14 tan membabitkan keluasan seluas 25.4 hektar dibangunkan tahun ini yang diyakini mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi di kawasan setempat.

Pegawainya, Noor Afifah Ramli berkata, jumlah itu adalah sebahagian daripada sasaran 1,479.95 tan pengeluaran buah pisang dalam Pelan Strategik Pengembangan Pertanian 2016-2020 di daerah itu.

"Untuk jumlah pengeluaran tersebut, kita akan membangunkan 88.4 hektar tanah berpotensi bagi tanaman pelbagai jenis pisang bagi pasaran tempatan terutama di Kedah selatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Noor Afifah berkata, bagi tahun depan pula, seluas 17 hektar akan dibangunkan bagi pengeluaran pisang membabitkan pengeluaran 380.63 tan manakala pada tahun 2020, sebanyak 270.93 tan disasarkan bagi keluasan 11 hektar.  

Katanya sejak  pelan strategik tersebut dimulakan, pihaknya sudah mengeluarkan 33.6 tan pisang di kawasan seluas 20 hektar pada 2016 manakala 277.65 tan pada 2017 dengan keluasan 15 hektar. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BUKIT PAYONG - Sekumpulan penduduk di Kampung Dalam Kedai Buloh di sini, terkejut apabila pokok pisang kelat siam yang sudah ditebang berbuah semula pada batang pokok itu.
  • KUALA PILAH - Sebatang pokok pisang jenis nangka dikatakan ‘hidup’ semula setelah mengeluarkan buah walaupun batangnya sudah ditebang enam bulan lalu.
  • KUALA NERANG - Seorang penoreh terkejut apabila pokok pisang berangan yang ditanamnya setahun lalu berbuah semula di batang pokok itu.
  • REMBAU - Seorang peniaga kedai makanan terkejut apabila mendapati pokok pisang yang ditebangnya mengeluarkan jantung di bahagian yang dipotongnya, di Kampung Semerbok, di sini, Khamis lalu.