SUNGAI PETANI - Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sungai Petani mengadakan perjumpaan bersama  beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), peniaga termasuk agensi kerajaan dan swasta bagi mengeratkan hubungan baik antara satu sama lain.

Ketua Cawangannya Mazlan Safar berkata perjumpaan itu diadakan selepas beliau baru sahaja bertukar dari Cawangan KPDNKK Baling, baru-baru ini, untuk menyampaikan maklumat yang diperlukan kerana mereka lebih dekat dengan pengguna.

"Melalui pertemuan begini, ahli-ahli NGO, peniaga dan pengguna boleh mendapat mendengar penjelasan daripada pihak KPDNKK dalam usaha menyelesaikan masalah berkaitan isu kepenggunaan dapat diselesaikan secara efektif.

"Antara isu disentuh seperti kes agen penarik kereta, pihak KPDNKK akan menasihatkan mereka supaya bersifat perikemanusiaan dalam kes pengguna gagal bayar ansuran pinjaman kereta contohnya wanita mengandung, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

"Walaupun ada undang-undang boleh berbuat demikian tetapi mereka perlu ada rasa timbang rasa,"katanya kepada media, pada Program Bersama NGO anjuran KPDNKK Cawangan Sungai Petani di sini, baru-baru ini.

Kira-kira 200 ahli dari 50  NGO di negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis menghadiri program itu.

Sementara, Presiden Pakatan Setia 1Malaysia, Datuk Dahlan Maamor berkata, beliau sarankan semua NGO di seluruh negara tidak melawan arus dan mempertikai undang-undang negara kerana tindakan sedemikian boleh membawa kesan buruk kepada rakan-rakan seperjuangan.

"Saya sering meminta 200,000 ahli Pakatan Setia 1Malaysia di seluruh negara supaya mematuhi setiap akta undang-undang negara.

"Jika ada ahli persatuan mahu bertindak melawan arus, pelbagai risiko terpaksa dihadapi oleh diri sendiri," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SUNGAI PETANI - Preloved Donation Center (PDC) bekerjasama dengan enam NGO menganjurkan program ‘Free Market Kembali Ke Sekolah’ dalam usaha meringankan beban ibu-bapa membuat persediaan sesi persekolahan, Januari depan.
  • PASIR MAS - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan menyerahkan bantuan makanan kepada 1,541 mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gelang Mas di sini hari ini.
  • IPOH - NGO diharap dapat melaksanakan tanggungjawab menyampaikan maklumat daripada kerajaan dengan memberikan penerangan kepada rakyat.
  • BUKIT MERTAJAM - Sejumlah 156 tan simen tiruan bernilai RM78,000 yang telah siap dibungkus untuk diedar dirampas dalam serbuan di Jalan Bukit Minyak oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pulau Pinang, semalam.
  • DAMANSARA - Harga di rak lain, selepas diimbas pula lain, itu antara dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor ketika pemeriksaan di sebuah pasar raya di sini, Sabtu lalu.