PENDANG - Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 10 bulan ditemukan lemas di dalam tali air kawasan kebun getah berdekatan rumahnya di Rancangan Perumahan Tempatan (RTP) Paya Mak Insun, di sini petang semalam.

Ketua Polis daerah Pendang, Deputi Superintendan Fadzil Hashim berkata, mangsa, Faridah Afrina Mohd Fadhlisham, dijumpai sudah tidak bernyawa oleh bapanya Mohd Fadhlisham Che Me, 39, semasa operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan bersama penduduk kampung pada 6.30 petang.

Katanya bapa mangsa menyedari kejadian itu pada 4.45 petang selepas mendapat  panggilan telefon daripada adik iparnya yang memaklumkan bahawa anaknya itu tiada di rumah ketika hujan lebat turun.

“Ketika itu bapa mangsa tiada di rumah dan selepas mendapat panggilan kecemasan, bapanya terus balik dan mengesyaki anaknya jatuh ke dalam parit di tepi rumah dan dibawa arus kuat akibat hujan lebat, sebelum mencari sekitar rumah,” katanya dalam  kenyataan di sini, hari ini.

Fadzil berkata, siasatan awal polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Beliau berkata, mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar bagi proses bedah siasat dan dituntut anggota keluarga untuk dikebumikan hari ini. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • LUMUT - Seorang pelajar tingkatan tiga ditemui mati lemas ketika mencari kepah di kawasan paya bakau Manjung Point 2 di sini, semalam.
  • KUNAK - Dua orang termasuk seorang wanita warga asing maut akibat lemas semasa mencari kerang bersama lima lagi rakan mereka di kawasan bakau berdekatan Borneo Resort Farm dekat sini, petang semalam.
  • MUAR - Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika cuba menyelamatkan sebuah bot yang dipercayai hanyut dibawa arus di perairan Parit Keroma, di sini.
  • GUA MUSANG - Penduduk di sekitar Kampung Pulau Setelu, di sini gempar apabila seorang pencari besi terpakai mendakwa menemui tulang di dasar Sungai Nenggiri, pagi tadi.
  • DUNGUN - Belum reda kisah pelajar terkorban kerana lemas di Sungai Delong yang mayatnya ditemui terapung dua hari lepas, seorang lagi pelajar maut apabila lemas dalam kolam terbiar di kawasan perumahan Felda Kerteh 6, di sini, kelmarin.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.