JITRA - Seorang jurutol berdepan detik mencemaskan apabila rumah tol tempatnya bertugas dilanggar oleh sebuah lori yang membawa muatan traktor, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superindan Mohd Ismail Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang di Plaza Tol Jitra itu, mangsa Jamil Ahmad,52 bagaimanapun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Berdasarkan siasatan awal, kemalangan berpunca apabila muatan lori berkenaan gagal melepasi lorong tol paling kiri menyebabkan berlaku rempuhan pada pondok tol berkenaan,”katanya.

Menurutnya, pihak yang terlibat sudah pun membuat laporan polis dan pemandu lori berusia 39 tahun terbabit turut tampil membantu siasatan.

“Setakat ini kes disiasat mengikut Peraturan 19 LN 166/59 (muatan jatuh dari atas kenderaan),” katanya.