ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah sehingga 12 tengah hari ini menurun kepada 153 orang berbanding 175  orang, pagi tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), kesemua mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan di daerah Kota Setar iaitu membabitkan 50 keluarga.

Seramai 46 mangsa daripada 13 keluarga ditempatkan di Surau As Syakirin dan Sekolah Kebangsaan Haji Abu Bakar pula menempatkan 40 mangsa daripada 14 keluarga.

Sementara itu, di Sekolah Kebangsaan Titi Gajah yang dibuka pukul 9 malam tadi menempatkan 67 mangsa daripada 23 keluarga.-Bernama