YAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia meminta agar jangan ditular berita palsu kononnya kesemua nelayan yang hilang di Pulau Bunting di sini Ahad lalu telah ditemukan.

“Ia bagi menjaga emosi keluarga mangsa terlibat selain mengelak daripada mengganggu operasi mencari dan menyelamat yang kita jalankan.

“Anggota masyarakat boleh menyalurkan maklumat yang sahih dan benar bagi memudahkan operasi kita," kata  Pengarah Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim Rozali Mohd Said.

[ARTIKEL BERKAITAN: Enam nelayan, seorang tekong hilang dilaut]

Beliau berkata berita itu adalah tidak benar.

Kejadian itu melibatkan sebuah bot pancing yang dinaiki tujuh individu iaitu tekong bot Kharulanuar Arsad, 39, dan pemancing lain Mohamad Ramli, 57, Mohd Salihin Ibrahim, 52, Mohamad Nazri Abdul Hamid, 47, Azmi Raif Mohd Noh, Ah Onn dan seorang lagi mangsa yang masih belum dikenal pasti, yang telah bertolak ke laut dari Jeti Kuala Sala pada pukul 6 pagi. – Bernama