GEORGETOWN - Jalan Piggot, di sini ditutup serta merta susulan struktur jambatan yang merentangi Sungai Air Terjun di jalan tersebut didapati tidak selamat untuk digunakan oleh orang awam.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam satu kenyataan di sini hari ini, menyatakan siasatan dan pemeriksaan telah dilaksanakan oleh Jabatan Kejuruteraan MBBP.

"Orang awam dinasihatkan menggunakan Jalan York untuk masuk ke Jalan Piggot serta Solok Piggot," katanya.

Menurut kenyataan itu, orang awam yang ingin ke perpustakaan awam yang terletak di Jalan Piggot, mereka dikehendaki menggunakan laluan alternatif lain seperti menggunakan Jalan Scotland.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kejuruteraan MBPP di talian 04-2592070 (waktu pejabat) atau 04-2637000/04-2637637 (24 jam). - Bernama