SUNGAI PETANI - Projek pembangunan industri jagung bijian negara akan diteruskan sehingga tahun 2020 bagi mencapai sasaran keluasan sebanyak 20,000 hektar menjelang tahun 2023 sekaligus mengurangkan kebergantungan import makanan ternakan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertanian Industri Asas Tani, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan berkata, projek itu yang bermula pada tahun 2016 diteruskan sehingga lima tahun kepada tahun 2020 untuk mencapai sasaran berkenaan.

Menurutnya, projek tersebut dilaksanakan dengan pendekatan beberapa model yang telah dan sedang dikenal pasti iaitu usahasama antara syarikat, syarikat dengan usahawan, usahawan dengan petani serta syarikat swasta sepenuhnya.

"Peruntukan RM10juta telah diagihkan bagi perluasan projek rintis jagung bijian bagi tujuan pembangunan tanaman jagung bijian (RM5juta), mekanisasi dan automasi (RM2juta), pengawalan kualiti jagung bijian (RM2.5juta) serta penyelidikan dan pembangunan varieti jagung bijian (RM0.5juta).

"Rentetan projek perintis di Dabong, Kemaman, tumpuan seterusnya adalah perluasan di beberapa kawasan lain yang berpotensi iaitu seluas 758 hektar termasuk di Johor, Melaka, Pahang, Perak, Kedah, Terengganu, Perlis, Sabah dan Sarawak,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Penuaian dan Pusat Operasi Jagung Bijian Fasa ketiga di Kampung Sungai Batu, Mukim Bujang, Kedah di sini, hari ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.