KANGAR - Hujan lebat yang turun di negeri ini sejak awal pagi menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air, bagaimanapun sehingga tengah hari belum ada sebarang pemindahan mangsa banjir.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Perpaduan Negeri, Rela Ahmad menasihatkan mangsa banjir supaya sedia menerima arahan jika mereka diminta berpindah.

Bercakap kepada Bernama di sini, beliau berkata banjir cepat berlaku di kawasan rendah apabila air hujan bertembung dengan air pasang besar di Sungai Perlis.

Beliau telah meminta semua pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) supaya sama-sama mengawasi kejadian banjir yang berlaku di tempat mereka dengan bantuan anggota agensi-agensi kerajaan berkaitan.

Antara kawasan yang dinaiki air ialah Tebing Tinggi, Jalan Sungai Batu Pahat, Padang Melangit, Repuh, Kampung Bakau, Jejawi dan beberapa kawasan di Titi Tinggi.

Jurucakap Jabatan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) Perlis memberitahu bahawa paras air di Empangan Timah Tasoh tengah hari ini ialah 29.27 meter dan keadaan masih terkawal.

Kawasan agak teruk dinaiki air setakat ini ialah Tebing Tinggi, Bintong dekat sini kerana kawasan itu menjadi laluan terusan untuk buangan air hujan ke laut. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MERSING - Banjir di daerah ini pulih sepenuhnya apabila kesemua pusat penempatan sementara (PPS) yang dibuka sejak Khamis lalu ditutup dan mangsa telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, jam 6 petang tadi.
  • JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di tiga daerah negeri ini turun mendadak kepada 289 orang daripada 68 keluarga setakat 3 petang ini berikutan penutupan tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).
  • MIRI - Seramai 223 murid dari tiga sekolah rendah di Sarawak tidak dapat meneruskan sesi persekolahan pada pagi ini setelah banjir melanda berikutan hujan lebat sejak semalam.
  • JOHOR BAHRU - Angka mangsa banjir yang masih berada di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) negeri ini menurun sedikit pada pagi ini iaitu daripada 1,361 orang pada malam tadi kepada 1,360.
  • JOHOR BAHRU - Sebanyak 13 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, bagi menempatkan 373 keluarga dengan 1,365 mangsa banjir setakat jam 5 petang semalam.