NIBONG TEBAL - Empat lelaki warga Pakistan cedera diserang sekumpulan lelaki dalam satu kejadian samun di sebuah kedai perabot di Taman Seri Acheh, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, semua mangsa yang merupakan pekerja kedai berkenaan baru memulakan perniagaan sebelum dua pelanggan bertopeng masuk ke dalam kedai mereka.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abdul Samad berkata, kedua-dua suspek menolak semua mangsa masuk ke dalam kedai sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

Menurutnya, ketika pergelutan berlaku, kedua-dua suspek berjaya ditangkap dan topeng mereka juga tertanggal, namun seorang lagi rakan suspek yang menunggu di dalam kereta masuk ke dalam kedai dengan membawa sebilah pedang samurai.

“Berlaku sekali lagi pergelutan antara mereka dan kali ini semua suspek berjaya meloloskan diri. Empat pekerja warga Pakistan itu mengalami kecederaan di badan selepas ditetak suspek.

“Suspek juga bertindak membawa lari tiga telefon bimbit milik mangsa dan wang tunai berjumlah RM500,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Shafee berkata, semua mangsa dapat mengecam wajah ketiga-tiga suspek berikutan ketika kejadian keadaan cerah dan suspek dikatakan datang ke kedai berkenaan dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback.

Katanya, usaha mengesan ketiga-tiga suspek giat dijalankan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera ketika samun.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KAJANG - Polis berjaya memberkas seorang suspek berhubung kes samun seorang lelaki di Jalan Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, di sini, awal pagi semalam.
  • BAGAN SERAI - Tiga saksi kejadian yang tampil membantu siasatan kes samun dan bunuh seorang warga emas di Taman Wawasan, Parit Buntar pada 6 Julai lalu membolehkan polis mengenal pasti suspek baharu.
  • GEMAS - Imej seorang lelaki yang menyamar sebagai pelanggan sebuah kedai barangan kucing sebelum menyamun telefon bimbit dan dompet pembantu kedai berkenaan di Dataran Satria, di sini, dalam kejadian minggu lalu kini tular sejak kelmarin.
  • SHAH ALAM - Polis sedang memburu dua lelaki yang dipercayai melakukan samun ke atas dua penumpang Uber dalam satu kejadian di Batu 9, Cheras, empat hari lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.