SUNGAI PETANI - Dua pusat pemindahan dibuka di daerah Kuala Muda bagi menempatkan 292 mangsa banjir daripada 60 keluarga dari dua kawasan, di sini, malam ini.

Penyelaras Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, Kapten Pertahanan Awam Saifuddin Abdullah berkata, pusat pemindahan pertama dibuka pada pukul 5 petang tadi di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kechil, Mukim Bukit Meriam.

"Manakala pusat pemindahan kedua dibuka di Dewan Kampung Jilid 8 di Mukim Bujang pada jam 8 malam tadi.

Seramai 261 mangsa daripada 53 keluarga ditempatkan di SK Bukit Kechil, dan 31 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di Dewan Kampung Jilid 8," katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - “Hujan lebat dalam masa lima minit, air terus naik masuk dalam rumah, kami hanya sempat selamatkan barang penting dan arahkan cucu-cucu yang masih kecil ke balai raya,” luah Lahawiyah Abdul Latif, 69, penduduk Jalan Permatang 7, Kampung Kempas Baru, di sini.
  • JOHOR BAHRU - Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, satu daripada dua pusat pemindahan sementara untuk Kampung Permatang, Kempas dan Kampung Laut, Skudai telah ditutup sepenuhnya selepas air mulai surut.
  • RAUB - Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenaan mencemar duli melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Dewan Serbaguna Kampung Pia, di sini hari ini.
  • RAUB - Jumlah mangsa banjir di Raub meningkat kepada 213 mangsa sehingga jam 10 pagi ini berbanding 187 mangsa awal pagi tadi.
  • KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan kekal 32 orang setakat 8 pagi ini.