GEORGETOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan kenaikan kadar cukai taksiran untuk kedua-dua majlis perbandaran pada tahun hadapan.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri memutuskan untuk meningkatkan sedikit kadarnya agar tidak membebankan rakyat atau pembayar cukai.

Beliau berkata, kerajaan negeri sebelum ini beberapa kali menangguhkan cadangan untuk menyemak semula senarai nilaian walaupun dibenarkan dalam peruntukan undang-undang setelah mengambil kira kepentingan rakyat.

"Kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak menaikkan kadar cukai taksiran sejak 2005 walaupun ia perlu dikaji setiap lima tahun,” katanya pada sidang media, hari ini.

Menurutnya, peningkatkan untuk perumahan kos rendah dan sederhana rendah adalah paling rendah iaitu 0.5 peratus manakala rumah kediaman meningkat satu peratus.

“Ini bermakna 83 peratus dari perumahan kos rendah dan sederhana rendah di bahagian pulau (Majlis Perbandaran Pulau Pinang - MPPP)) hanya meningkat kurang RM10 untuk cukai taksiran tahun hadapan.

“Bagi perumahan kediaman lain, kadar meningkat dari 8.3 (harta tanah) kepada 9.3 peratus manakala pangsapuri dinaikkan dari 7.5 kepada 8.5 peratus,” katanya.

Menurutnya, bawah Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), rumah pangsa kos rendah adalah dari 4.5 kepada lima peratus.

“Untuk harta tanah, ia meningkat dari tujuh kepada lapan peratus manakala pangsapuri dari enam kepada tujuh peratus.

“Peningkatan perlu untuk membawa masuk pendapatan tambahan kepada kedua-dua majlis untuk menampung kos operasi yang makin tinggi seperti projek pembangunan untuk meningkatkan kemudahan asas,” katanya.

Kon Yeow berkata, sejak 2009, MPPP dan MPSP memohon membuat penilaian bagi menaikkan kadar cukai namun ditolak.

“Dengan peningkatan itu, MPPP dapat menambah pendapatan 20.46 juta pada tahun hadapan dengan kutipan RM180.9 juta berbanding R160.438 tahun ini.

"Kutipan MPSP pula meningkat kepada RM158.2 juta berbanding RM137.7 juta tahun ini iaitu peningkatan RM20.49 juta," katanya.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah mengeluarkan waran tahanan (Borang F) kepada 76 premis sejak bulan Februari sehingga Oktober yang mencatatkan tunggakan cukai pintu berjumlah RM750,439.
  • MERSING - Penduduk di Kampung Air Papan Laut, di sini, kesal apabila dikenakan kutipan cukai pintu buat pertama kali selepas menerima bil tuntutan daripada Majlis Daerah Mersing (MDM), baru-baru ini.
  • KUALA TERENGGANU - Pemilik bangunan liat jelaskan tunggakan cukai pintu berdepan tindakan undang-undang sekiranya belum menjelaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan.
  • BANDARAYA MELAKA - Keputusan Mahkamah Tinggi Melaka, kelmarin bahawa tindakan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menaikkan kadar cukai pintu sebagai terbatal dan tidak sah merupakan satu kemenangan untuk rakyat, khususnya mereka dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan.
  • ALOR SETAR - Lebih 200 penduduk Kampung Seberang Cegar, Anak Bukit kesal kerana dikenakan kutipan cukai pintu pertama kali antara RM60 hingga lebih RM300 setahun oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.