KULIM - Cubaan bersembunyi di bawah pentas termasuk melarikan diri di kawasan perumahan berdekatan ketika serbuan dilakukan penguatkuasa dalam Ops Gegar gagal apabila 30 warga asing berjaya di tahan, awal pagi tadi.

Pengarahnya Zuhair Jamaludin berkata operasi bersama 30 anggota yang bermula jam 9 malam sehingga 4 pagi tadi dilakukan di tiga lokasi berasingan termasuk dua kedai makanan dan minuman di Padang Serai dan satu cafe di Taman Kempas, Kulim.

Menurutnya, kesemua ditahan berusia 20 hingga 43 tahun terdiri daripada seorang lelaki dan 42 wanita dari Thailand dan Laos.

"Daripada operasi yang dijalankan itu, Jabatan Imigresen Negeri Kedah telah membuat pemeriksaan ke atas 75 individu pelbagai warganegara, dari jumlah tersebut, seramai  30 orang telah ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63.

"Mereka yang ditahan kebanyakannya menyalahgunakan pas dan disyaki bekerja di Premis Cafe/Pub terbabit menggunakan Pas Lawatan Sosial," katanya.

Tambahnya, kesemua mereka yang ditahan ditempatkan dilokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan sebelum diserahkan ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik.