NIBONG TEBAL - Ibu bapa dan orang ramai terhibur dengan gelagat 50 murid Tadika Didik Kreatif yang mempamerkan semangat patriotik mereka dengan memperagakan pakaian beragam bertemakan Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-61 dan Hari Malaysia.

Dalam majlis berkenaan, peserta tampil dengan pelbagai pakaian beragam dihasilkan hasil kreativiti ibu bapa mereka.

Pengerusi Tadika Didik Kreatif, Profesor Dr Khairunnisak Abdul Razak berkata, objektif utama majlis berkenaan diadakan untuk memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan generasi muda.

“Program ini turut melibatkan penyertaan ibu bapa dan mereka memberi komitmen yang amat baik pada setiap tahun bagi menjayakan setiap aktiviti yang kami rancang.

"Setiap tahun Tadika Didik Kreatif akan mengadakan aktiviti seperti ini supaya murid-murid yang belajar di tadika ini dapat menghayati tentang erti kemerdekaan," katanya.

Sementara itu, salah seorang waris, Profesor Madya Dr Nurulakmal Mohd Sharif berkata, program berkenaan baik untuk memupuk semangat cintakan negara.