KEPALA BATAS - "La, ada kematian ka hari ini?" Ini mungkin pertanyaan yang terpacul dari mulut masyarakat di Kuala Muda, Penaga tatkala menyaksikan bendera putih dinaikkan di taman perumahan atau kampung yang mereka diami.

Bagi masyarakat Kuala Muda, sekiranya bendera putih dikibarkan, ia satu makluman kepada mereka bahawa ada berlaku kematian dan pada masa sama ada jenazah yang akan dikebumikan.

Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Hidayah, Abdullah Yaacob berkata, idea untuk mengibarkan bendera putih di taman dan kampung bagi kariah Masjid Hidayah ini timbul apabila maklumat mengenai kematian tidak sampai ke pengetahuan penduduk secara meluas.

“Dalu pengumuman mengenai berlakunya kematian disebarkan melalui pemberitahuan selepas solat serta bacaan Yasin.

“Namun informasi seperti ini agak terbatas, yang datang ke masjid mungkin akan terima makluman ini, namun bagi mereka yang tidak ke masjid, mereka tak tahu, jadi bila tak tahu, ada kata-kata yang menggambarkan seolah-olah pihak masjid tidak maklumkan, jadi timbul salah faham di situ,” katanya.

Susun atur kubur yang dibarisi dengan kemas, dan indah antara suasana di Tanah Perkuburan Islam, Kuala Muda Penaga.

Menurutnya, pihak kariah kemudiannya mengadakan perbincangan mengenai langkah yang dapat diambil bagi menangani perkara ini.

“Kami mengambil kata sepakat untuk meletakkan tiang bendera di setiap taman dan kampung di sini, dan tiang bendera juga diletakkan di hadapan masjid.

“Jadi bila depa nampak bendera putih dikibarkan tahulah mereka bahawa ada kematian yang berlaku, tentang siapa yang meninggal itu, boleh lihat pada papan kenyataan yang diletakkan di masjid,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian ke kawasan tiang bendera diletakkan mendapati tiang ini berada di lokasi yang amat mudah bagi penduduk untuk melihatnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BOTA - KUBUR lama yang terletak di hadapan sebuah rumah di Kampung Aji Bota Kiri di sini pastinya menimbulkan pelbagai pertanyaan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Kubur tidak bernama itu dipercayai milik pasangan suami isteri wujud sejak puluhan atau mungkin ratusan tahun sehingga kini misteri kerana tidak tahu siapa pemiliknya.
  • KUALA KRAI - PENYOKONG Amanah terkejut mendapati sebahagian besar bendera parti yang dipasang dicabut dan dibuang pihak tertentu.
  • KUALA TERENGGANU - Punca kematian seorang doktor yang ditemui meninggal dunia di bilik sewanya di Kampung Nyiur Sepohon, di sini malam kelmarin dijangka dapat diketahui dalam masa dua minggu lagi bergantung pada keputusan makmal.
  • KUALA NERANG - Kematian seorang kanak-kanak, Nur Damia Nadhirah Sharudin,5, kerana lemas di Kampung Baru, Padang Lalang tiga bulan lalu mendapat perhatian Insuran Takaful hari ini.
  • FELDA SEBERTAK - Bahang Hari Kebangsaan bukan sahaja dilihat menerusi kibaran bendera Jalur Gemilang di sepanjang jalan utama dan rumah penduduk di sini, malah ada yang menzahirkan kreativiti dengan mengecat rumah bercorak Jalur Gemilang.