GEORGETOWN - Selebriti terkenal, Sarimah Ibrahim menggesa orang ramai supaya membantu wanita yang menjadi mangsa penderaan dan seks.

Sarimah yang juga Duta Pusat Kesedaran Wanita (WCC) berkata, keganasan terhadap wanita bukan sahaja dalam bentuk seks, tetapi juga termasuk penderaan emosi dan kewangan.

Menurutnya, penderaan itu juga boleh berlaku kepada kanak-kanak.

“Selama 30 tahun,  WCC sudah banyak membantu mangsa penderaan ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media Pameran ‘My Story, My Strength: Doodle for Change’ di Jalan Masjid Kapitan Keling.

Dalam pada itu, Sarimah turut membantu jualan amal lukisan di pameran tersebut.

Sarimah berkata, hasil jualan pameran itu akan membantu WCC mendapatkan dana bagi kerja amal sepanjang tahun.

“Setiap satu lukisan mempunyai kisah tersendiri termasuk salah satu daripadanya yang dilukis hasil daripada penceritaan seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa rogol selama 14 tahun,” katanya.

Sebanyak 10 lukisan dipamerkan hasil karya daripada Bibi Chew, Engku Iman, Annabelle Ng, Minstruel Kuik, Tetriana Ahmed Fauzi, Shika, Yoke Tan, Typokaki dan Chuah Shu Ruei.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MERSING - Golongan muda hari ini terutama dalam kalangan pelajar sekolah rata-rata menyedari mengenai bahaya melakukan hubungan seks rambang atau luar nikah, namun kurang menerima pendedahan yang sewajarnya.
  • ALOR SETAR - Polis menyelamatkan tiga wanita warga Thailand yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks di sebuah hotel bajet di Jalan Lengkok Sari, di sini semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.