SUNGAI PETANI - Seramai 29 mangsa di tujuh kampung di sekitar Kuala Muda terjejas akibat banjir kilat yang melanda susulan fenomena air pasang, di sini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Muda, Leftenan Azahar Ahmad berkata, pihaknya bergegas ke kampung terjejas sebaik menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira jam 10 pagi tadi.

"Sehingga jam 2 petang hari, lokasi terlibat ialah Kampung Telok Amboi, Kampung Keda Tukang Jusoh, Kampung Pulau Sayak, Kampung Batu 5, Kampung Bujang dan Kampung Paya Suri.

"Selain itu, Kampung Thye Eng dan Kampung Permatang Batu Lintang turut terjejas," katanya.

Beliau berkata, pemerhatian mendapati banjir kilat ini dipercayai berpunca daripada air pasang besar setinggi 2.6 meter dan sistem perparitan tidak boleh menampung kuantiti air yang banyak.

"Operasi menyelamat dan pemindahan mangsa dilakukan pihaknya bersama pejabat daerah dan tanah, pejabat Adun, pejabat Keda, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan beberapa agensi terlibat," katanya.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUCHING - Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk mangsa banjir yang terakhir di Dewan Suarah Mukah di bahagian tengah Sarawak ditutup pada 12.30 tengah hari ini ekoran keadaan cuaca yang baik sejak beberapa hari lepas, walaupun ada beberapa kawasan rendah dalam negeri yang masih digenangi air.
  • KUCHING - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak terus berkurangan dengan ketara apabila jumlahnya hingga tengah hari ini berkurangan sekitar 536 orang berbanding 1,012 malam semalam.
  • KUCHING - Banjir di Sarawak kian beransur pulih setakat pukul 8 malam ini apabila mangsa banjir menurun kepada 3,173 mangsa daripada 991 keluarga yang masih berada di 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di enam bahagian.
  • KUCHING - Sejumlah RM32 juta diperlukan untuk menangani masalah banjir akibat fenomena air pasang besar di Sebuyau, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
  • KUCHING - Jumlah mangsa banjir di Sarawak menunjukkan pengurangan kepada 4,686 orang setakat 4 petang ini, berbanding 5,679 mangsa tengah hari tadi.