SINTOK - Baju 'bodo' yang pernah menjadi kegemaran biduanita negara Allahyarham Saloma suatu masa dahulu diberi sentuhan semula oleh anak saudaranya, Siti Haslinda Abd Hamid, 63.

Haslinda atau lebih mesra disapa Shasha yang juga anak kepada seniwati legenda Allahyarham Mariani Ismail itu berkata, baju berkenaan berasal dari Bugis dan Saloma telah mencipta baju versinya sendiri untuk keselesaannya.

Katanya, baju berkenaan sangat mudah dipakai dan oleh sebab itu ia diberi jolokan baju 'bodo'.

"Saloma suka sangat baju ni, sebab tu dia reka versi dia sendiri, yang bahagian kain itu sebab susah nak pakai, jadi dia ikat kat tepi dan dia biar kain jatuh mcm tu.

"Baju ni  paling ringkas dan senang..kalau "emergency" dia kena menyanyi..dia akan pergi kepada tukang jahit dan tebuk lubang kepala sahaja, malah masa kahwin pun dia pakai baju 'bodo' ini," katanya.

Menurutnya, dibesarkan oleh Saloma sejak berusia 22 hari menyebabkan dia sangat akrab dengan Saloma.

"Saya memang jadikan Saloma idola dan inspirasi saya, smpai sekarang ke mana saya pergi, saya akan pergi sebagai Saloma dengan mengenakan baju ala Saloma.

"Ketika saya dijemput untuk Saloma Fesyen Retro anjuran muzium tahun lepas, ramai yang cuba pujuk untuk saya keluarkan baju fesyen Saloma.

"Tapi saya fikir macam mana nak keluarkan baju Saloma sebab trend baju zaman sekarang sudah berubah...macam baju 'bodo' ni kain yang digunakan agak jarang.

"Sampailah suatu hari saya buat keputusan untuk cuba buat baju 'bodo' yang saya pakai ini, iaitu versi moden," katanya.

Shasha berkata, buat masa sekarang, dia lebih minat menghasilkan baju-baju berkenaan untuk kegunaan sendiri.

"Kalau ada orang yang minat dengan baju 'bodo' ini..ambillah baju ini bawa kepada tukang jahit dan buat contoh.. sebab saya cuma minat pakai baju bukan jual baju.

"Baju Saloma pun tidak ada dalam simpanan saya kerana semua disimpan pihak arkib.

"Tapi saya ada ambil gamba Saloma..dan saya buat baju tu betul-betul macam dia cuma ikut saiz badan saya," katanya.