KANGAR - Seorang atlet pelapis berbasikal Perlis maut dalam kemalangan ketika menjalani latihan di Jalan Wang Kelian dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Suptritendan Ghazani Abdul Ghani berkata dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari tadi, Ku Hasbullah Ku Abdul Rahman, 18, dipercayai hilang kawalan ke atas basikal yang ditunggangnya  dan terbabas sebelum melanggar penghadang di sebelah kiri jalan.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa hilang kawalan dan terbabas sendiri tanpa melibatkan kenderaan lain dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut memandangkan tidak melibatkan kenderaan bermotor yang lain," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah di sini untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

Difahamkan atlet berkenaan pernah mewakili negeri dalam beberapa kejohanan berbasikal dan dalam proses pemilihan atlet untuk Sukan Malaysia (Sukma). - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TELUK INTAN - Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebuah lagi motosikal dari arah bertentangan, di Jambatan Sultan Yusuf, Batu, 5, di sini, petang semalam.
  • KULIM - Dua maut di tempat kejadian apabila kereta dinaiki mereka terbabas melanggar bukit di simpang tiga lampu isyarat dekat Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah kira-kira jam 6 pagi tadi.
  • TUMPAT - “Tak duga suami akan pergi untuk selama-lamanya kerana saya ingatkan hanya kemalangan biasa sebaik dihubungi adik ipar,” luah Syamsherra Mat Nasir, 30.
  • KULAI - Dua beradik maut selepas motosikal dinaiki terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan sebelum seorang daripada mereka dilanggar kereta di KM 27.4 Lebuhraya Utara Selatan, di sini, pagi tadi.
  • RANTAU PANJANG - Gara-gara membuat pusingan U, seorang pemuda maut selepas Motosikal Honda yang ditunggang bertembung dengan kereta Proton Saga di Kampung Kubang Rambutan, pada jam 9 pagi tadi.