PENDANG - Seorang anggota trafik berpangkat sarjan meninggal dunia di Kilometer 70.8 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara, di sini selepas memberhentikan keretanya untuk muntah di lorong kecemasan petang tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Fadzil Hashim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadiaan itu pada jam 5 petang.

Menurutnya, hasil siasatan pada kad pengenalan mangsa mendapati lelaki terbabit adalah anggota Traffik yang bertugas di Ibu Pejabat Polis  Daerah Kubang Pasu, Sarjan Marzuki Ab Bakar, 52.

Katanya, sebelum kejadiaan, peronda Plus ternampak sebuah kereta berhenti di lorong kecemasan di KM70. 8 arah utara.

"Petugas lihat kenderaan mangsa di lorong kecemasan lalu mereka berhenti untuk memberi bantuan.

"Menurut mereka terdapat seorang lelaki berada dalam kereta terbabit dan sedang muntah-muntah.

"Bagaimanapun, apabila peronda Plus bertanyakan keadaannya,  lelaki itu menjawab 'saya okay' lalu peronda PLUS meneruskan rondaan," katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun, sebaik sahaja mereka berpatah balik, kereta terbabit masih di lokasi sama dan setelah dihampiri mereka mendapati lelaki iti sudah meninggal dunia.

Katanya, hasil siasatan mendapati arwah sememangnya mempunyai masalah kesihatan iaitu mengalami ketumbuhan di kepala dan sedang menjalani rawatan.

"Jenazah diserahkan kepada ahli keluarganya di Kulim untuk urusan pengebumian dan majlis pengebumian dijangka pada esok pagi," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • REMBAU - Berpantang maut, sebelum ajal. Itu yang dapat disimpulkan apabila seorang lelaki hanya mengalami cedera ringan walaupun kereta dipandunya musnah dalam kemalangan di Kilometer 42, Jalan Seremban-Tampin, dekat Kendong, di sini, semalam.
  • KUANTAN - Dua beranak maut dan dua lagi cedera parah selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah lori 12 tan yang membawa muatan tanah di Kampung Sungai Soi di sini, hari ini.
  • KOTA TINGGI - Seorang pemuda maut selepas Perodua Viva dipandu bertembung dengan sebuah lori Hino di KM 37 Jalan Johor Bahru - Mersing berhampiran Taman Kota Besar, petang tadi.
  • SHAH ALAM - Tujuh lori 10 tan dan dua treler milik sebuah kilang membuat kotak di Jalan Bukit Kemuning di sini, hangus terbakar dalam kejadian awal pagi tadi.
  • TAMPIN - Seorang pemandu lori kontena berhadapan detik cemas apabila kenderaan dipandunya dihempap pokok tumbang di tepi jalan utama Seremban-Tampin, dekat Batu 1, di sini, semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.