ALOR SETAR - Polis menahan lapan pelajar lelaki sebuah sekolah agama persendirian berhubung kes memukul seorang lelaki sehingga menyebabkan kematian semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kesemuanya ditahan reman selama tujuh hari mulai semalam hingga 5 September untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabit kesalahan.

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki dipukul sekumpulan pelajar apabila menyedarinya memecah masuk asrama sebuah sekolah agama persendirian di sini, awal pagi kelmarin.

Laporan itu menyatakan berlaku sedikit pertikaman lidah sehingga mangsa dibelasah kumpulan pelajar berkenaan menyebabkannya mengalami kecederaan pada bahagian badan.

Adzaman berkata, mangsa mengalami kecederaan dalaman dengan patah tulang rusuk kiri dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia sekitar jam 2 petang.

“Berdasarkan rekod lampau, mangsa mempunyai empat kes jenayah pada 2006 dengan satu kes dalam kediaman serta tidak dapat memberi keterangan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Kenakalan empat sekawan mengusik kanak-kanak pulang dari mengaji al-Quran dengan menyamar hantu pocong membawa padah apabila ditahan polis di Pekan Bukit Pinang, di sini, Jumaat lepas.
  • ALOR SETAR - Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff mendahului penerima darjah kebesaran sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan rasmi Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang ke-76 hari ini.
  • ALOR SETAR - Kerajaan Negeri bersedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pembalakan Bukit Enggang dan Projek Bekalan Air Masyarakat Daerah Sik.
  • ALOR SETAR - Penanaman padi varieti Black Madras yang mempunyai karakter berdaun ungu tidak diiktiraf oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) untuk ditanam di Malaysia.
  • ALOR SETAR - Kenyataan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang memperlekehkan peranan anggota Rela ditugaskan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) menggores hati anggota Rela.