NIBONG TEBAL - Sejumlah  58 mangsa banjir di Sungai Bakap dan Nibong Tebal, di sini masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Dewan Serbaguna Jawi dan dipantau oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) kerana banjir di kawasan rumah mereka masih belum surut.

Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Daerah Seberang Perai Selatan, Mohd Noor Ahmad berkata sehingga pukul 6.30 petang hari ini, semua mangsa daripada 15 keluarga masih belum dibenarkan pulang berikutan keadaan kediaman mereka yang masih ditenggelami air.

"Semalam seramai 79 orang daripada 20 keluarga di dua kawasan itu dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas rumah mereka dinaiki air lewat petang hingga pukul 3 pagi.

 Namun ada di antara mangsa yang telah pulang ke rumah masing-masing kerana air telah surut cuma tinggal 38 orang dewasa dan 20 kanak-kanak termasuk seorang bayi masih ditempatkan di Dewan Serbaguna Jawi," katanya di sini hari ini.

Banjir itu melanda beberapa kawasan di situ antaranya Kampung Wellesley, Kampung Lima, Kampung Sethu serta beberapa kampung berhampiran manakala jalan utama yang menghubungkan kawasan berkenaan dengan Relau, Kedah  terputus hubungan selepas hujan lebat lebih lima jam sejak pukul 4 petang semalam.

Tinjauan Bernama mendapati keadaan banjir  di beberapa kawasan kampung berkenaan semakin surut dan jalan raya yang terputus hubungan pada sebelah petang semalam kini boleh dilalui oleh kenderaan.

Sementara itu, Jurucakap Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata tinjauan dan pemantauan pihaknya mendapati hanya banjir di kawasan Kampung Sethu masih belum surut manakala kampung lain yang terlibat telah mula surut.

Katanya pihaknya akan membuat pemantauan berterusan dari semasa ke semasa berikutan keadaan cuaca yang mendung dan dijangka hujan bagi memastikan mangsa yang telah balik ke rumah masing-masing dalam keadaan selamat.

"Penduduk dinasihatkan terus menghubungi pihak bomba jika rumah mereka dilanda banjir supaya tindakan segera dapat diambil," katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MERSING - Banjir di daerah ini pulih sepenuhnya apabila kesemua pusat penempatan sementara (PPS) yang dibuka sejak Khamis lalu ditutup dan mangsa telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, jam 6 petang tadi.
  • JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di tiga daerah negeri ini turun mendadak kepada 289 orang daripada 68 keluarga setakat 3 petang ini berikutan penutupan tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).
  • MIRI - Seramai 223 murid dari tiga sekolah rendah di Sarawak tidak dapat meneruskan sesi persekolahan pada pagi ini setelah banjir melanda berikutan hujan lebat sejak semalam.
  • JOHOR BAHRU - Angka mangsa banjir yang masih berada di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) negeri ini menurun sedikit pada pagi ini iaitu daripada 1,361 orang pada malam tadi kepada 1,360.
  • JOHOR BAHRU - Sebanyak 13 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di negeri ini, bagi menempatkan 373 keluarga dengan 1,365 mangsa banjir setakat jam 5 petang semalam.