KUALA NERANG - Seramai 500 pelajar sekolah menengah dan rendah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Nerang menerima komputer Netbook 1Malaysia.
Penyampaian netbook itu disempurnakan pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Anuar Sultan Badlishah pada satu majlis di sini, lewat petang semalam.
Naib ketua Umno bahagian Padang Terap Datuk Syed Sobri Syed Hashim berkata sehingga kini hampir 4,000 orang terdiri daripada pelajar, pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan usahawan kecil dalam DUN Kuala Nerang telah menerima netbook 1Malaysia.
"Kumpulan itu khususnya pelajar sekolah menengah merupakan sasaran kerajaan untuk meningkatkan tahap penguasaan teknologi maklumat penduduk luar bandar," katanya ketika berucap pada majlis itu.
Beliau berkata Pusat Jalur Lebar DUN Kuala Nerang telah dibina di Kampung Tanjung, Padang Nyior dan Pekan Kuala Nerang yang memberi kemudahan berguna kepada masyarakat luar bandar.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM) juga telah meluluskan projek perkampungan Wifi di Bukit Tembaga dekat sini, katanya.
Bercakap kepada Bernama selepas itu, Syed Sobri menasihatkan ibu bapa atau pihak sekolah yang belum mendapat netbook supaya mendaftar nama pelajar di Pusat Khidmat DUN Kuala Nerang.
Terdahulu pengarah SKMM Wilayah Utara Hussin Ali ketika berucap, berkata program kesedaran 'Klik dengan Bijak' yang dilancarkan Julai lepas memberi kesan positif terhadap penggunaan internet.
"SKMM menerima banyak aduan selain mengesan penyalahgunaan internet yang berleluasa terutama facebook dan twitter. Program kesedaran ini diharap dapat mendidik masyarakat lebih bertanggungjawab," katanya.
Pada majlis itu Tunku Anuar turut menyampaikan hamper dan duit raya kepada pelajar-pelajar berkenaan iaitu dari empat sekolah menengah dan tiga sekolah rendah. - Bernama
500 pelajar Dun Kuala Nerang dapat Netbook 1Malaysia
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- Bakal pengantin maut kemalangan
- Lampias nafsu dalam kereta
- Rimas kehadiran peminta sedekah
- Penunggu KM 20.6 tagih darah?
- Pelajar dituduh berzina dengan guru
- Muzik nobat, pasar terapung produk pelancongan baru Kedah
- Dua remaja lelaki paksa gadis bawah umur lakukan seks luar tabii
- Bertembung lepas tengok kemalangan
- Khalwat: 'Kami tak buat apa-apa lagi'
- Arwah tutup pagar petanda ajal
- Khalwat: Gelora asmara lepas undi awal
- Rogol anak kandung, bagi pil perancang elak hamil
- Nilai semula kuota perumahan
- Periksa mata percuma
- Budak 2 tahun bawa jentolak
- Perkim Baling kian 'sunyi'
- Tak sempat tamat pengajian
- SSPDRM sedia berkhidmat
- Nyaris rentung kena renjatan
- Padah langgar lampu isyarat




