SIK - Lima sukarelawan sebuah jabatan awam antara sembilan lelaki ditahan dalam serbuan di sarang penagihan dadah di Kampung Bendang Man, di sini hari ini.

Operasi bermula jam 11 malam hingga 11 pagi tadi melibatkan lapan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK) Sik itu diketuai Khairul Anuar Mansor.

Ketua Pegawai AADK SIK, Roslin Baharom berkata, tindakan berani anggotanya menunggu dalam rumah berkenaan membuahkan hasil apabila kesemua penagih berjaya ditahan.

"Perangkap dipasang membuahkan hasil apabila tuan rumah termasuk lapan penagih yang datang ke rumah tersebut untuk melepaskan gian ditahan.

"Mereka berusia antara 18 hingga 48 tahun dan seorang daripadanya merupakan pembawa HIV positif. Kita dapati ada kesan suntikan di kedua-dua tangannya.

"Semua tahanan dibawa ke Pejabat AADK Sik untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, hasil ujian air kencing mendapati lapan positif dadah jenis opiat dan seorang positif dadah jenis metamphetamine.

"Sukarelawan yang ditugaskan menjaga keamanan dan kesejahteraan kampung tidak sepatutnya terlibat dengan penagihan dadah.

"Mereka sepatutnya membantu memastikan kawasan sekitar bebas daripada masalah yang mengganggu-gugat masyarakat," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Pasukan Khas Taktikal Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Johor serta Singapore Central Narcotic Bureau berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan merampas sejumlah dadah kira-kira RM1.2 juta, kelmarin.
  • KOTA KINABALU - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sabah menahan 82 individu dalam Operasi Sarang Khas hari ini kerana dipercayai terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
  • KUCHING - Anggota Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Kawa menahan lima lelaki warga Indonesia bersama lima bungkusan mengandungi serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu bernilai RM1.4 juta di Pos Jawatankuasa Perancangan Gerakan (JPG) Telok Melano di Sematan pada Khamis.
  • BUKIT MERTAJAM - Seorang pemandu lori ditahan di hadapan rumahnya selepas sepasukan polis membuat pemeriksaan dan mendapati dia memiliki beberapa jenis dadah yang disorokkan dalam beg silangnya.
  • KEPALA BATAS - Seramai 25 individu termasuk empat wanita yang merupakan penagih dadah ditahan dalam Ops Tapis yang dijalankan di beberapa lokasi di Kepala Batas, di sini malam tadi.