BALING - Seramai 42,000 ketua keluarga dalam Parlimen Baling menikmati Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah lebih RM20 juta.
Ketua Umno bahagian Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata rakyat berterima kasih kepada kerajaan yang prihatin dengan kesusahan mereka.
Berucap pada perasmian mesyuarat perwakilan berkelompok enam Umno bahagian di Selatan Kedah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini, beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah parti yang menepati janji.
Mengenai bahagian Baling, Abdul Azeez berkata pemimpin dan anggota parti bahagian itu berbai'ah akan menyokong siapa sahaja calon yang dipilih pucuk pimpinan untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Pada majlis itu, beliau dan seluruh perwakilan Umno Baling membacakan ikrar disaksikan Najib.
Antara isi ikrar ialah mereka berjanji bekerja keras, jujur, ikhlas dan sokong siapa saja calon yang dipilih bagi memastikan BN memenangi pilihan raya umum akan datang.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan timbalannya, Datuk Mukhriz Tun Mahathir serta Ketua Umno bahagian Sik, Kulim/Bandar Baharu, Merbok, Sungai Petani dan pemangku ketua bahagian Padang Serai.
Ketua Wanita Umno Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut hadir. - Bernama
42,000 isi rumah di Baling dapat BR1M
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- Maut digilis traktor
- Anggota penguatkuasa MPPP samun kedai 24 jam
- Rogol anak kandung, bagi pil perancang elak hamil
- Khalwat: Kantoi zip seluar terbuka
- PKSK bergelut dengan pencuri
- Pantau remaja minum arak
- Remaja nyaris dirogol sepupu
- Gadis 13 tahun dirogol lapan lelaki
- Buat maksiat belakang pokok
- Pegawai Kastam ditahan kerana minta wang suapan
- Parti liar dalam banglo, 26 ditahan
- Ibu anak 6 dicekup khalwat
- Ditahan gara-gara Kit Siang
- Polis tahan dua lelaki susulan insiden ‘flashmob berdarah’
- Padah memandu tanpa lesen
- Enam sekawan ditahan polis
- Derita isteri dituduh curang
- 'Adik rentung bersama kereta kesayangan'
- Pelajar dirogol teman lelaki
- Konvoi bawa padah




