KANGAR - Sebanyak 377 buah keluarga yang melibatkan 1,360 orang dipindahkan di lima pusat pemindahan di Kangar, Arau dan Padang Besar setakat jam 5.50 petang tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata di Kangar, lima pusat pemindahan dibuka di Sekolah Kebangsaan Bintong, Sekolah Kebangsaan Panggau, Sekolah Kebangsaan Seri Perlis, Dewan Orang Ramai Kampung Kota Keran dan Dewan Orang Ramai Pengkalan Asam.

Di Arau, sebanyak empat buah pusat pemindahan dibuka melibatkan Dewan Titi Besi, Guar Sanji, Dewan Orang Ramai Guar Halban, Tambun Tulang, Sekolah Kebangsaan Kampung Serdang, Guar Sanji dan Dewan Padang Nyu, Pauh.

Manakala di Padang Besar, ia melibatkan Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup, Chuping, Masjid Bonggol Sena, Chuping, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Jaafar Hassan, Beseri, Maktab Rendah Sains MARA Beseri, Dewan Orang Ramai Titi Tinggi, dan Pusat Khidmat Mata Ayer. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.