ALOR SETAR - Seramai 37 penduduk Kampung Sungai Tepus di Bandar Baharu dekat Kulim dipindahkan ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Kechil Ulu akibat banjir kilat malam tadi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kulim Leftenan Mohd Fadhil Fahmi Zaini berkata kesemua mangsa daripada keseluruhan 100 penduduk yang terjejas di situ terpaksa dipindahkan berikutan kediaman mereka dinaiki air selepas hujan lebat sejak lewat petang semalam.

“Paras air mula meningkat sekitar 7 malam, hasil pemantauan di kawasan terbabit mendapati kediaman penghuni berisiko dinaiki air dan arahan berpindah dikeluarkan  di Kampung Sungai Tepus bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

“Hingga 11 pagi ini, kesemua mangsa masih kekal jumlahnya dan masih ditempatkan  di pusat pemindahan banjir walaupun air mulai surut di beberapa kawasan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Fadhil berkata penduduk di Taman Cahaya Nilam di Parit Nibong, Kampung Permatang Pasir, Kampung Permatang Kerat Telunjuk, Kampung Tebuk Mat Rasid dan Perumahan Awam 1 dan 2 turut terjejas dengan kejadian itu, selain di kampung berkenaan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.