BEAUFORT - Enam belas pelancong China cedera selepas bas pelancong yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 7.5 Jalan Beaufort - Papar, semalam.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir  Abd Razak berkata kejadian berlaku kira-kira 7.40 malam semasa bas itu dalam perjalanan membawa pelancong terbabit dari Klias ke Kota Kinabalu.

"Kesemua mangsa berumur antara 24 hingga 76 tahun mengalami cedera ringan kecuali seorang yang cedera di bahagian kepala dan telah dihantar ke Hospital Beaufort sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 2 untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, pemandu bas pelancong berkenaan dan seorang pemandu pelancong tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya siasatan awal pihaknya mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu bas itu gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas ke dalam parit di sebelah kiri jalan. – Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :