ALOR SETAR - Lima belas rumah setinggan di Batu Satu, Jalan Sungai Korok berhampiran Tanjung Bendahara di sini musnah dalam satu kebakaran malam tadi.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah Ahmad Shahabuddin berkata, sekurang-kurangnya lapan rumah hangus terbakar, manakala selebihnya separuh musnah.

Katanya, keadaan perumahan yang sesak dan terletak berdekatan antara satu sama lain menyebabkan banyak rumah musnah kerana api marak dengan begitu pantas.

Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran pada 10.17 malam, dan anggota serta jentera bomba tiba 10 minit kemudian dan dapat mengawal kebakaran dalam tempoh 15 minit.

"Kami menghantar empat jentera, satu dari balai Jalan Raja dan tiga dari balai Alor Setar. Kami dibantu 13 jentera bomba sukarela. Anggota kami seramai 30 orang manakala bomba sukarela 90 orang," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, semua mangsa yang terlibat selamat dan tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian kebakaran itu.

"Punca awal difahamkan dari bahagian tengah...rumah kosong, tak ada penghuni. Tak taulah penghuni dia balik kampung ke macam mana. Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan," katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Kira-kira 40 mangsa daripada 17 keluarga yang terbabit dalam insiden kebakaran enam buah rumah di Kampung Melayu Pandan, kelmarin tidak ketinggalan menerima sumbangan daripada Parlimen Pasir Gudang. Ahli Parlimennya, Datuk Normala Abdul Samad berkata, dalam kejadian berkenaan mangsa yang mendiami kawasan tersebut hilang segalanya termasuk pakaian seharian.
  • JOHOR BAHRU - “Tak sampai lima minit semua hilang”. Itu antara luahan yang sempat dikongsi oleh mangsa kebakaran di Jalan Imam, Kampung Melayu Pandan, yang menyaksikan enam rumah hangus dan menyebabkan 17 keluarga hilang tempat tinggal dalam kejadian petang semalam.
  • JOHOR BAHRU - Sebanyak enam rumah separuh kekal hangus dalam kebakaran di Kampung Melayu Pandan, di sini, petang tadi.
  • DUNGUN - Seorang lelaki hampir pengsan melihat kediaman tempat mereka sekeluarga berlindung musnah sekelip mata dalam kejadian kebakaran di kampung Binjai, Che Lijah, semalam
  • KLANG - Satu kebakaran besar telah memusnahkan 10 rumah di Jalan Bagan Hailam, Pelabuhan Klang kira-kira jam 10 malam, semalam.