JITRA - Sebanyak 10 rumah dalam Parlimen Jerlun menerima bantuan membaiki rumah bernilai RM10,000 setiap buah melalui Program Baik Pulih Rumah Secara Gotong-Royong.

Adun Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif berkata, peruntukkan membaik pulih ini disalurkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Antara kerja baik pulih yang kita lakukan adalah membaiki bumbung rosak, mengikat bata untuk dijadikan dinding dan lain-lain lagi.

“Sehingga sekarang lima rumah dalam kerja baik pulih dan kita anggarkan dalam masa seminggu semua kerja-kerja ini dapat diselesaikan,” katanya selepas merasmikan Program Baik Pulih Rumah Secara Gotong-royong di Kampung Seberang Alor Batu 18, Mukim Padang Perahu, semalam.

Katanya, kerja baik pulih yang berlangsung secara gotong-royong itu melibatkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, penduduk, kakitangan ICU Kedah, anggota Rela serta sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“10 individu yang terpilih ini merupakan mereka yang tersenarai dalam portal E-Kasih dan dipilih oleh ICU serta pejabat daerah.

“Kita harap bantuan yang diberikan ini dapat memberi keselesaan kepada setiap keluarga untuk menjalani kehidupan yang lebih baik,” katanya.

Turut hadir dalam program berkenaan, Ketua Pengarah ICU, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • TELUK INTAN - Tidak hanya menjadikan berbasikal sebagai hobi, Kelab Basikal Monsoon Rider turut mengambil inisiatif murni apabila membantu meringankan beban pelajar kurang berkemampuan.
  • JITRA - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengumumkan bantuan awal RM100 kepada setiap ketua keluarga yang dipindahkan akibat banjir di negeri ini.
  • KUANTAN - Biarpun amanah yang ditinggalkan arwah kakaknya begitu berat namun hasrat murni itu tetap diteruskan atas rasa kasih sayang yang menebal.
  • KUANTAN - “Saya terpaksa minum air panas yang mendidih bagi menghilangkan rasa sakit,” demikian cerita ibu tunggal beranak satu, Nor Akhzah Ghazali, 31, yang mengalami masalah buah pinggang bocor sehingga menyebabkannya hilang segala deria rasa.
  • SLIM RIVER - Seorang ibu tunggal di Kampung Balun tidak menyangka rumahnya terpilih untuk dibaik pulih dalam program baik pulih rumah di bawah projek touch point bagi Parlimen Tanjung Malim.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.