GEORGETOWN – Polis menahan 10 lelaki untuk membantu siasatan kes pergaduhan di hadapan sebuah restoran dekat Jalan Penang, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mereka yang ditahan adalah enam lelaki tempatan, warga Britain (3) dan warga Ireland (1).

"Kesemua mereka berjaya dikesan selepas polis merakamkan keterangan mangsa yang dirawat di hospital," katanya.

Sebelum ini, seorang pelancong warga Britain dilaporkan mengalami kecederaan parah dipercayai terlibat pergaduhan dengan sekumpulan lelaki di hadapan restoran tersebut.

Kejadian kira-kira jam 4 pagi itu mengakibatkan mangsa yang berumur lingkungan 30-an mengalami kecederaan di leher.