JITRA - Seorang lelaki tempatan antara ditahan bersama sembilan kaki judi warga Indonesia selepas didapati berjudi sabung ayam di dalam kebun getah di Kampung Batu Gajah, Mukim Malau, Jitra, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, serbuan dibuat pada jam 2.30 petang oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu yang menerima maklumat awam berhubung aktiviti itu.

Menurutnya, mereka yang ditahan berusia antara 42 hingga 61 tahun dan kebanyakannya tinggal di luar Jitra.

"Polis turut merampas peralatan perjudian  seperti tiga dadu, sebuah mangkuk kaca putih, satu piring kaca warna putih dan pelapik yang dibalut dengan surat khabar.

"Selain itu sehelai kanvas yang dilukis gambar buah dadu, wang tunai RM194, sehelai alas tikar getah, lapan batang besi yang diikat tali rafia, 11 ayam jantan, dan sembilan batang besi yang diasah disyaki taji ayam," katanya.

Menurutnya, polis turut merampas wang tunai sebanyak RM6,000 yang disyaki digunakan untuk pertaruhan judi.

Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 7 (2)Akta Rumah Judi Terbuka 1951 dan Seksyen 44 (1) (g) Akta Binatang 1953.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SIBU - Enam pemandu teksi diberkas polis kerana terbabit bermain judi ‘See Kee Pui’ di pondok Perhentian Pemilik Teksi Sibu di Jalan Khoo Peng Loong di sini pada 2.30 petang hari ini.
  • MIRI - Polis Sarawak menahan 50 individu menerusi 36 serbuan terhadap pusat perjudian di seluruh negeri mulai 6 hingga 12 November lalu.
  • TELUK INTAN - Keseronokan 12 lelaki tempatan menikmati permainan judi dalam talian dipercayai baru dibuka dua hari terencat selepas mereka ditahan pihak polis dalam sebuah serbuan Jumaat lepas.
  • MIRI - Polis Sarawak melancarkan fasa kedua ‘peperangan’ memerangi kegiatan judi haram dengan menumpukan serbuan ke atas penjualan 4D haram susulan kejayaan menghapuskan kegiatan judi mesin dan siber.
  • AMPANG - Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos sekali lagi menggesa Kerajaan Negeri Selangor supaya mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) membatalkan atau menarik balik lesen pusat hiburan keluarga serta-merta kerana khuatir ada dikalangan pemilik premis berkemungkinan menyalahgunakan lesen itu dengan membuka premis judi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.