KUALA TERENGGANU - Sebanyak RM6 juta diperuntukan‎ Yayasan Islam Terengganu (YIT) bagi membina dua tadika baharu, masing-masing di Jabi di Besut dan Losong di sini yang dijangka mampu memberi manfaat kepada 600 kanak-kanak apabila siap kelak.

Pengarahnya Datuk Dr Alias Abdullah berkata, pembinaan dua tadika baharu itu selaras permintaan yang semakin meningkat di kalangan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke tadika YIT.

"Kedua-dua tadika baharu ini dijangka siap akhir tahun depan atau 2017 dan apabila beroperasi kelak, kita mempunyai 20 tadika YIT di seluruh Terengganu.

"Pembinaan tadika baharu ini sentiasa menjadi fokus utama yayasan, malah sepanjang tahun lalu juga kita telah membuka tiga tadika baharu iaitu di Kijal,

Seberang Takir dan Al Muktafi Billah Shah di Bukit Besi, Dungun," katanya kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YIT, di sini hari ini.

Ketika ini terdapat kira-kira 4,000 kanak-kanak yang belajar di tadika YIT dengan petugas seramai 300 orang di seluruh negeri itu.

Alias berkata, bagi memastikan kanak-kanak di tadika itu mendapat pendidikan terbaik kerajaan negeri membelanjakan lebih RM20 juta setahun termasuk menggunakan khidmat guru Diploma dan Ijazah selain guru pintar al-Quran untuk sesi pembelajaran mereka. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MUADZAM SHAH - Biarpun baru berusia lingkungan empat hingga enam tahun, murid-murid Tadika Kemas Desa Cempaka, di sini, begitu bersemangat menyahut kempen kitar semula.
  • KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah mengenal pasti lebih 100 tadika di seluruh negara yang perlu dinaik taraf kerana tidak selamat diduduki selain kurang fasiliti.
  • TASEK GELUGOR - Ibu bapa disaran menyemak dahulu status madrasah atau tahfiz dengan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) sebelum menghantar anak masing-masing bagi mengenal pasti sama ada telah mendaftar dengan JAINPP ataupun tidak.
  • JERANTUT - Sejak empat tahun lalu, Tadika Kemas Kampung Temin terpaksa berpindah ke bangunan Balai Raya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Temin memandangkan lokasi asalnya tidak sesuai dijadikan pusat didikan kanak-kanak.
  • SHAH ALAM - Sebuah tadika di sini, diarahkan tutup selama 10 hari oleh Pejabat Kesihatan Daerah Petaling (PKD Petaling) berkuat kuasa semalam berikutan kes penyakit berjangkit kuku, kaki, tangan dan mulut (HFMD).