KUALA TERENGGANU – Kerajaan Pusat tidak menolak untuk membangunkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang kedua di negeri ini berikutan prestasi cemerlang ditunjukkan UTC Terengganu di Paya Bunga Square, di sini.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, pihaknya akan mengkaji dengan melihat sejauh mana keperluan serta bandar kedua yang sesuai untuk dibangunkan UTC bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan keberkesanan perkhidmatan penjawat awam.

“Kalau Kemaman dijadikan bandar kedua (untuk dibangunkan UTC), kita akan pergi tengoklah sama ada Kemaman sesuai dan sebagainya.

"Itulah antara perkara yang kita bincang untuk memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan taklimat sempena lawatannya ke Terengganu bagi memantau perkembangan program inisiatif Kementerian Kewangan dan kerajaan negeri, di sini.

Mohd Irwan berkata, seramai 622,485 orang telah berkunjung ke UTC Terengganu sehingga Jun 2017 sejak mula beroperasi pada 27 Jun tahun lalu.

Jelasnya, melalui pemerhatian beliau sempena lawatan beliau ke negeri ini, UTC Terengganu mendapat perhatian pengunjung setiap masa walaupun pada cuti hujung minggu terutama di kaunter Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Klinik 1Malaysia dan Tabung Haji.  

Sementara itu, pihaknya turut membincangkan beberapa perkara termasuk pembangunan Terengganu secara umumnya dan boleh memberi manfaat secara keseluruhan kepada Terengganu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Negeri Sembilan di Ampangan di sini.
  • ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bersama beberapa anggota Exco Kerajaan Negeri secara santai menaiki bas henti-henti dari Wisma Darul Aman menuju ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Alor Setar, dalam lawatan kerjanya.
  • KUALA TERENGGANU - Amanah Terengganu menegaskan bahawa sudah sampai waktunya Pakatan Harapan termasuk di negeri ini menerima kenyataan bahawa rundingan dengan Pas sudah sampai di penghujung sebagaimana diputuskan oleh Pusat.
  • KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri mengumumkan penubuhan Majlis Petroleum Terengganu (TPC) yang menjadi platform bagi kerajaan untuk merencana, menyelaras dan memantau urusan berkaitan industri minyak dan gas di negeri ini.