KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri tidak akan mengadakan sebarang sambutan khusus menjelang tahun baharu 2018 minggu hadapan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sebaliknya pada malam tersebut, ia akan diisi dengan pelbagai program berbentuk keagamaan.

"Pada 31 Disember sambutan bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus bermula 10 malam. Sebelum itu kita akan bermula dengan makan malam terlebih dahulu pada 9 malam. Slot 10 malam itu akan diisi dengan ceramah agama,  yang mana kita akan panggil penceramah dan mengadakan forum hingga 11.45 malam.

"Pada 12.01 kita akan buat solat hajat dan mohon semoga dilindungi pada tahun baharu yang bakal menjelma. Tahun ini juga kita tidak akan adakan sebarang pertunjukan bunga api," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berharap semua masyarakat berbalik semula kepada asas dengan berdoa dan melakukan aktiviti keagamaan demi kesejahteraan agama dan negara. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Jumlah pengunjung ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Terengganu di Paya Bunga Square meningkat sepanjang Ogos lalu, berbanding bulan pertama beroperasi sejak 27 Jun lalu.
  • IPOH - Hari Kemerdekaan ke-59 kali ini disambut meriah di hadapan Dewan Bandaran, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab oleh pelbagai lapisan masyarakat dengan penuh semangat patriotik dengan temanya Sehati Sejiwa.
  • SHAH ALAM - Sambutan Gomo Raya AnsaraKB dengan slogan Rayo Kito, Stail Kito berjaya menghimpunkan lebih 700 bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Kota Bharu (AnsaraKB) dan keluarga serta bekas guru selepas 43 tahun penubuhannya.
  • KUALA LUMPUR - Warga asing membanjiri pelbagai destinasi utama pelancongan di ibu negara hari ini setelah mereka terpikat dengan keunikan acara sambutan tahun baharu yang diadakan di sekitar bandar raya ini, semalam.