KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri bersedia untuk mengimport bekalan bahan mentah seperti kelapa untuk menampung permintaan sepanjang sambutan Aidilfitri ini jika keadaan memerlukan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Terengganu Datuk Muhammad Pehimi Yusof.

Oleh itu kata beliau, penduduk di negeri itu tidak perlu khuatir terputus bekalan.

"Kira-kira 35,000 biji kelapa telah sedia untuk dibekalkan pada minggu-minggu perayaan ini.

"Setakat ini bekalan sentiasa ada dan kita yakin ia mencukupi sehingga hari raya nanti," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Media, di sinin semalam.

Beliau juga memberi jaminan bekalan daging ayam, lembu dan ikan mencukupi untuk menampung keperluan perayaan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BAGAN DATUK - Pengumuman kerajaan memperkenalkan skim khas program peningkatan pengeluaran kelapa dalam Bajet 2018 melegakan pekebun dan pengusaha kelapa.
  • PARIT SERONG - Bekalan hasil kelapa yang terhad dan sering tidak mencukupi menampung keperluan pasaran mendorong Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjong Karang melaksanakan kempen berterusan.
  • SIMPANG EMPAT - Sebanyak 1.5 juta kelapa disediakan sebagai bekalan bagi menampung keperluan sepanjang Aidiladha untuk pasaran utara.
  • KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu memberi jaminan bekalan ayam dan daging di Terengganu mencukupi bagi tempoh bermula minggu depan sehingga ke musim perayaan ini.