KUALA TERENGGANU – Kerajaan menyasarkan untuk menubuhkan sebuah tapak kekal bagi perniagaan yang dikhususkan untuk wanita (Pasarnita) di setiap negeri.

Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, usaha itu akan bermula dengan penubuhan tapak kekal Pasarnita di Wilayah Persekutuan (WP) dalam tempoh terdekat.

“Setiap negeri menunjukkan sokongan terhadap Pasarnita ini dan Terengganu menjadi negeri yang pertama menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menubuhkan tapak kekal Pasarnita di Kampung Tanjung.

“Jadi, bagi fasa kedua, dalam tempoh sebulan dua lagi, kita bercadang untuk lancarkan tapak kekal Pasarnita di WP dengan dirasmikan oleh perdana menteri sendiri,” katanya pada Majlis Perasmian Food Truck di Dataran Mara, Shahbandar, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri, Toh Puan Seri Halina Zakaria serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad.

Menurut Shahrizat, penubuhan tapak kekal Pasarnita di WP ekoran sambutan hangat diterima oleh pelanggan menerusi perkhidmatan Pasarnita secara bergerak atau mobil yang telah dilancarkan perdana menteri sebelum ini.

“Ada banyak Pasarnita di Kuala Lumpur yang mendapat sambutan amat baik, di negeri-negeri lain juga ada dan kebanyakan mereka bergerak melalui badan bukan kerajaan (NGO). Di Terengganu kita lihat usaha dan penglibatan kerajaan lebih padu.

“Ini merupakan pendekatan dan pelaburan yang baik oleh kerajaan negeri kerana wanita memberikan sumbangan 50 peratus daripada sumber yang ada di negeri ini, jadi, dengan pengambilan tenaga ini ia dapat membantu transformasi ekonomi yang dibawa kerajaan Terengganu,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEREMBAN - Sejumlah 111 peniaga yang terjejas ekoran kebakaran di Pasar Besar Seremban 9 Sept lepas menerima bantuan wang tunai RM1,000 setiap seorang yang disampaikan Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon.
  • KUALA BESUT - Pasar terapung (Floating market) Kuala Besut bakal menjadi satu tarikan baharu di Dun ini selain tarikan sedia ada seperti perkampungan nelayan, makanan tradisional dan Pulau Perhentian yang sudah terkenal di seluruh dunia.
  • RANTAU PANJANG - Beberapa kemudahan akan disediakan di Bazar Siti Fatimah bagi menarik kehadiran pengguna di masa depan.
  • MERLIMAU - Kelab Sukan dan Kebajikan Staf Politeknik Merlimau Melaka (PMM) menganjurkan program Free Market bagi mendidik warga institusi itu sentiasa prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.