KUALA NERUS - Seorang pegawai bomba bantuan di sini tidak menyangka mangsa kemalangan yang cuba dibantunya adalah bapa dan adik kembarnya sendiri.

Azlan Mustapha, 32, juga terkedu apabila melihat kedua-duanya telah menjadi mayat.

Beliau berkata ketika mendapat tahu mengenai kemalangan itu beliau seperti biasa terus ke tempat kejadian bagi membantu mangsa yang terlibat.

Namun ketika mahu melaporkan status kemalangan serta mangsa kepada pusat gerakan operasi bomba dan penyelamat negeri, baru beliau menyedari nahas itu melibatkan anggota keluarganya sendiri, katanya.

"Saya pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa dan menjalankan tugas seperti biasa, tambahan pula keadaan kereta berkenaan sangat teruk dan nombor pendaftaran juga tidak jelas.

"Tetapi saya kemudiannya menjadi sangat terkejut bila melihat kad pengenalan kesemua mangsa yang mereka merupakan ahli keluarga saya termasuk ayah dan adik kembar saya. Saya juga tergamam apabila melihat jenazah mereka," kata Azlan kepada Bernama.

Kemalangan tersebut berlaku kira-kira 1 pagi tadi antara sebuah lori dan Proton Saga FLX di Kampung Bukit Nanas dekat sini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Empat sekeluarga maut kereta bertembung lori]

Empat mangsa terkorban dalam nahas itu termasuk dua beranak tersebut iaitu Mustapha Abdullah, 56, dan anaknya Azman, 32.

Dua lagi mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Sabri Ngah, 48, dan pemandu kereta itu, Alif Faizal Ibrahim @Ismail, 26, yang merupakan saudara kepada Mustapha.

Mereka dilapor dalam perjalanan pulang ke Kampung Seberang Takir apabila lori berkenaan masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta yang dipandu Alif Faizal.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu  manakala pemandu lori tersebut ditahan bagi siasatan lanjut. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA PILAH - Kaki kiri seorang remaja hancur setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Seremban-Kuala Pilah, malam kelmarin.
  • MUALLIM - Lagi nahas membabitkan motosikal, dua sahabat berasal dari Ampang, Selangor maut selepas motosikal jenis Honda RS150R yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 376.5 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan di sini, petang tadi.
  • KARAI - Seorang pelajar sekolah menengah nyaris terjatuh dalam Sungai Perak ketika melalui laluan motosikal bersebelahan Jambatan Victoria beberapa hari lepas.
  • BATU KIKIR - Seorang lelaki maut apabila motosikalnya hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang di kiri bahu jalan.
  • KEMAMAN - "Dah sebulan pakcik rasa tak sedap hati. Tapi tak sangka pula ia petanda anak akan dijemput ALLAH," Luah warga emas, Ngah @ Choh Mohamad, 74, bapa kepada penunggang motosikal berkuasa tinggi, Md Sendee @ Zalani, 41, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 317.4 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berdekatan susur keluar Plaza Tol Kerteh, semalam.