KUALA TERENGGANU - Kehilangan hampir separuh kaki kanan akibat dipotong tiga bulan lalu ekoran mengidap diabetes, tidak menghalang seorang kakitangan awam untuk terus bekerja.

Insan cekal, Mohd Mokhtar Said, 57, berkata, dia berazam mahuubahsuai motosikalnya bagi memudahkan dia berulang alik dari rumah ke tempat kerja.

Pemandu Radio Televisyen Malaysia (RTM) Terengganu itu menyatakan, kehilangan kaki bukan masalah baginya untuk bekerja kerana hidup perlu diteruskan biarpun pada mulanya berasa janggal dengan ketiadaan kakinya itu.

Menurut bapa kepada dua anak itu, disebabkan dia tidak tahan menanggung sakit yang amat, dia reda dan berserah kakinya dipotong kerana tiada cara lain lagi untuk mengelak daripada kesakitan yang dialaminya.

“Saya sakit sangat, lepas potong (kaki), ok lah, tapi malam tu selepas potong, berasa macam ada kaki, rasa gatal nak garu tapi tengok kaki dah tak ada, mungkin ini ilusi saya saja.

“Saya ingat nak baiki motor (motosikal) yang ada nak letak tayar (roda tiga), senang nak berulang alik pergi kerja, nak balik cucuk insulin lagi sebab kena cucuk empat kali sehari.

Sebelum ini anak hantar dengan kereta, kalau dengan motor cepat sikit nak bergerak (balik cucuk insulin),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan warga RTM ke rumahnya di Kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR), Jalan Tekukur, di sini.

Ditanya perasaannya menerima bantuan awal daripada Perkeso berbentuk sebuah kerusi roda dan tongkat berjalan, Mokhtar tidak putus-putus mengucapkan syukur dan tidak menyangka caruman yang dibuat pada 1991 masih dapat dikesan Perkeso atas bantuan rakan-rakan sekerjanya.

“Saya tak tahu menahu Perkeso boleh bantu sampai macam ini, bersyukur dan terima kasih kepada Perkeso. Sebenarnya sudah lama saya mencarum ketika bekerja sebagai pemandu bas, buruh binaan dan macam-macam kerja lagi saya buat sebelum ini sehinggalah bekerja dengan RTM sejak 26 tahun lalu,” katanya.

Mokhtar berkata, dia kini hanya dibenarkan melakukan kerja-kerja biasa di pejabat dan tidak lagi menjadi pemandu kerana kecacatan yang dialami, sementara menunggu tempoh pencen pilihan pada tahun depan.

“Isteri, Madzenah Abu Bakar, 55, tidak bekerja, lagipun sayang juga hendak berhenti (kerja), tinggal setahun saja lagi nak pencen,” katanya.

Dalam masa sama, Mokhtar turut menasihati orang ramai supaya mengurangkan penggunaan gula dan menjaga pemakanan jika tidak mahu menjadi sepertinya dan kepada mereka yang senasib dengannya (potong kaki), Mokhtar harap mereka terima dengan reda dan berfikiran positif, ada hikmah di sebalik takdir itu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUNAK - Masyarakat khususnya penduduk di Kunak disaran menjalani pemeriksaan gula dalam badan supaya tampil lebih sihat dan mencegah daripada dijangkiti penyakit diabetes atau kencing manis.
  • JOHOR BAHRU - Penyakit diabetes dilihat menjadi ancaman utama di negeri ini dengan 12,726 pesakit direkodkan sehingga September lalu.
  • KELANANG - Fenomena air pasang besar yang berlaku dilihat tidak langsung menghalang aktiviti nelayan dalam mencari hasil laut.
  • RAUB - Seorang belia yang menderita sakit diabetes tahap satu dan asma kronik memerlukan bantuan orang ramai bagi menampung kos perubatannya.
  • KUALA BESUT - Lambakan bahan terbuang terdampar di sepanjang pantai Kuala Besut memberi inspirasi kepada seorang tukang kasut di Kampung Kayu Kelat untuk menghasilkan kraf tangan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.