SEBERANG TAKIR - Jika diukur pada sumbangan sebanyak RM1 oleh Mohammad Nordin Tahir, 62, untuk derma kepada tabung pembinaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kira-kira 49 tahun mungkin tiada apa-apa erti bagi sesetengah pihak.

Namun, dek kerana kemurahan hatinya yang pada ketika itu berusia 13 tahun telah mengubah kehidupan anak jati Seberang Takir itu apabila diraikan bagai wira tidak didendang.

Tidak hanya diraikan sebagai tetamu kenamaan sempena Majlis Sambutan 46 Tahun UKM tahun lalu yang dianggap sebagai mimpi, sekali lagi bapa kepada empat orang anak itu menerima kejutan daripada universiti berkenaan apabila menerima pakej menunaikan haji pada 11 Ogos ini.

Lebih manis lagi, perbelanjaan menunaikan haji ke Tanah Suci Makkah itu turut diterima isterinya, Zaharah Ibrahim, 52, di mana peristiwa bermakna itu disampaikan sendiri Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali dan disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Mengenang kembali sumbangan yang diberikannya itu, Mohammad Nordin tidak pernah sesekali menyangka penghargaan yang bakal diterimanya itu begitu hebat seperti mana yang diterimanya semalam.

“Alhamdulillah, tiada kata-kata yang dapat digambarkan kegembiraan dan terharunya dengan penghargaan besar diberikan ini.

“Ini kerana, ketika saya beri sumbangan kecil ketika itu tiada apa-apa balasan yang saya harapkan, sebaliknya berdoa agar hasrat membina universiti ketika itu tercapai.

“Benarlah, janji ALLAH itu pasti, walaupun kebaikan itu sebesar zarah akan tetap ada balasan, begitu juga jika kita melakukan keburukan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Tiket Penerbangan Haji di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir, di sini, semalam.

Tajaan tiket untuk menunaikan rukun Islam kelima itu disumbangkan UKM hasil kutipan dan derma daripada pengurusan tertinggi dan kakitangan UKM sebagai tanda mengenang jasa lelaki yang pemurah itu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SERI MANJUNG - Pelbagai cara boleh dilakukan bagi membantu golongan memerlukan, termasuklah mengumpulkan pakaian terpakai untuk disumbangkan kepada orang ramai.
  • BAHAU - Sebanyak RM2,850 dana berjaya dikumpulkan oleh Kelab Chammundi FC dalam usaha membantu sebuah keluarga susah di Bahau, menerusi Majlis Makan Malam kelab tersebut yang diadakan baru-baru ini.
  • TUMPAT - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menafikan satu mesej yang tular di media sosial adalah kenyataan beliau ketika Sidang Dun.
  • TUMPAT - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) salurkan sumbangan RM1,000 bagi membantu meringankan keluarga warden yang terkorban dalam kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur.
  • BATU KURAU - Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berbesar hati melaksanakan tanggungjawab dengan memberi sumbangan kepada 44 keluarga yang kurang berkemampuan di Dun Batu Kurau.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.