MARANG - Barisan Nasional percaya sokongan pengundi Cina terhadap parti itu di Marang semakin bertambah susulan transformasi menyeluruh yang dilakukannya selepas PRU13 sehingga kini.

Ketua Umno Bahagian Marang, A Latiff Awang berkata, kaum Cina telah menunjukkan sokongan konsisten sebelum ini dan antara faktor penyumbang ialah kerana keperluan mereka tidak diabaikan.

Menurutnya, masyarakat Cina di Marang khususnya di Wakaf Tapai juga dilihat semakin yakin dengan kerajaan sedia ada yang sentiasa berusaha membantu mengubah nasib mereka menjadi lebih baik.

"Saya berkeyakinan majoriti masyarakat tionghua di Wakaf Tapai akan terus memberi sokongan kepada kerajaan kerana pelbagai bantuan kemudahan diperlukan mereka tidak pernah diabaikan.

"Selama ini pun sudah ada sokongan, dalam PRU13 semua peti undi di Wakaf Tapai kita menang. Di peti undi tersebut sebahagiannya adalah pengundi masyarakat tionghua dan Melayu.

"Jadi hari ini kita yakin akan terus mendapat peningkatan sokongan dengan melihat sokongan dan sambutan pada sepanjang program yang diadakan bersama mereka," katanya kepada Sinar Harian.

Lebih kurang 500 warga tionghua menerima bantuan berkenaan pada majlis berlangsung di Dewan Sivik Wakaf Tapai, di sini.

Beliau sebelum itu menyerahkan dana bantuan Tahun Baru Cina sempena Program Agihan Dana Tahun Baru Cina kepada lebih kurang 500 warga tionghua di Dewan Sivik Wakaf Tapai, di Wakaf Tapai di sini.

Mereka yang dikategorikan warga emas, orang kurang upaya, keluarga berpendapatan rendah, ibu atau bapa tunggal dan individu belum berkahwin adalah golongan yang layak menerima bantuan itu.

Sehubungan itu, beliau berharap momentum itu dapat dikekalkan sehingga pilihanraya kerana hanya Barisan Nasional sahaja yang mampu membantu dan mengubah nasib mereka menjadi lebih baik.

“Nasihat saya pada masyarakat Cina agar mereka juga tidak mudah percaya hasutan pembangkang yang menyatakan mereka mampu memberikan yang lebih baik berbanding kerajaan sedia ada," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Persatuan Sahabat Faqeh Terengganu (SFT) optimis dalam memberi sokongan moral kepada keluarga yang mempunyai anak-anak istimewa.
  • SHAH ALAM - Lebih 40 persatuan penduduk memasang Jalur Gemilang sempena Hari Malaysia semalam bagi menyatakan sokongan projek Lebuhraya Damansara-Shah Alam (Dash) agar ia diteruskan segera.
  • KUALA LUMPUR - Pertubuhan 313 Realisasi Ekonomi Malaysia (313), mewakili peniaga-peniaga dan penduduk berbilang bangsa sekitar ibu negara khususnya Bukit Bintang, Masjid India dan Jalan Petaling, menyarankan rakyat memakai baju hitam pada 15 dan 16 September ini bagi menyatakan sokongan terhadap keamanan negara.
  • TAIPING - Seramai 100 ahli-ahli Umno Bahagian Bukit Gantang hadir memberikan sokongan terhadap laporan polis yang dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berhubung perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan di Kuala Lumpur minggu lalu.